Thursday, August 30, 2012

LIFE MUST GO ON

6 Mei 2008 – Petang itu cuaca kelihatan baik sekali. Pemain AOFC mula hadir seorang demi seorang. Bermula dengan Sepet (Apparaaa… aku yang kat Klang pun boleh sampai dulu),Cuki,Pok Yeng,Pudin n Aze. Ini adalah perlawanan pertama AOFC sejak permergian Sam ke Bukit mertajam. (We’ll be missing you dear Big Sam but life must go on). Ini juga ujian pertama buat manager baru AOFC, Marcello Puyeed Lippi. Keresahan terpancar di muka player2 yang tiba awal andai sambutan daripada pemain selepas ketiadaan Sam dingin. Apakah AOFc akan berkubur? Mujur, Puyeed Lippi telah menjalankan tugas pertamanya dengan cemerlang sekali mengatur pemain-pemain agar dapat hadir. Sekalung tahniah untuk Puyeed!!! You gonna be a great manager.
Sesi memanaskan badan player2 AOFc agak terganggu dengan kehadiran player2 UTM yang jauh lebih muda (hampeh.. student ke Staff ni). Tambah menggusarkan keadaan rupanya UTM turut mempunyai seorang player import warga Afrika bernama Awang. (Aku tengok jersi dia kat belakang tulis Awang-boleh cakap melayu la brader- malu la sapa yang kutuk dia). Namun disebalik sesi memanaskan badan tersebut ada insiden lucu berlaku apabila anak aze dengan selamba telah mencuit t _ l _ r Poky eng… tak tau la apa yang terjadi..Pok Yeng sakat dia ka.. dia memang hyper ka… tau2 Pok yeng dah terkeluar suara betina dia awww sambil muka berkerut… Syabas Aze.. genetic hang memang kuat.

Line Up separuh masa pertama Isa (GK),Pudin (LB), Pie rempit (DR) Cuki (DC), Sepet(DC), Mugang(ML),Pok Yeng (DMC), Ashtro (AMC), member Beyo(MR), Aze(SC),Beyo(SC). Manakala pemain simpanan Puyeed, Ijoi ,Deng Nozz,dan bebudak Pandan ( Rasanyalah… mintak maaf banyak2.. saya tak tau nama..kalau selalu turun insyallah saya ingat). Sebaik sahaja wisel berbunyi pemain2 UTM terus melancarkan serangan bertubi2… player2 AOFC yang baru nak main… ada yang tak sepak bola pun lagi terkejut apabila seawal minit keempat gawang AOFC telah ditembusi… Apakah ini hari malang untuk AOFC… tidak mudah panik AOFC pantas menyusun serangan.. kombinasi yang baik antara Poky eng n Ashtro (Siaran jelas yer … ada 3-4 piring Ashtro kat atas banggunan staff UTM). Perancangan yang baik dari tengah.. dibantu oleh Khai yang tadak sendi n member beyo yang lari tadak jantung membolehkan Aze menunjukkan belang sebenar beliau untuk membalas gol lawan, kurang dari 5 minit. Player2 UTM jelas tergezut dengan keyakinan yang ada pada pemain AOFC.
Permainan bersambung dengan player2 AOFC banyak bertahan. Bola banyak dikuasai oleh pemain2 lawan. Serang lawan banyak bertumpu dari sebelah kiri membuatkan Pudin bekerja keras dengan dengan cemerlang sehingga beliau sendiri dikasari oleh pemain lawan. Sekali-sekala AOFC melancarkan serangan balas yang agak mengancam. Khai banyak mengelirukan pemain lawan dengan aksi menggeleceknya. Dibantu oleh Ashri yang jelas menunjukkan stamina yang mengkagumkan. Pada minit ke 37, hasil bola tampanan Aze, Pok yeng berlari kencang memecahkan perangkap offside lawan. Berhadapan satu sama satu player lawan, dengan tenang beliau membuat loop menewaskan keeper lawan yang telah terkeluar dari posisi. Pasukan lawan bertambah panik.. serangan bertali arus dilancarkan. Mujurlah kekentalan pertahanan AOFC yang dikemudi oleh Cuki, dibantu dengan kecemerlangan GK Isa, serangan lawan berjaya dipatahkan. Menhampiri minit2 terakhir separuh masa pertama, Ashri berjaya merampas bola yang terlepas dari tangan penjaga gol… berhadapan satu sama satu dengan pergerakan acah mengacahnya (badan kat situ jugak tapi body vibrate macam penari gelek Arab)…jelas Ashri kepenatan lalu membuat satu sepakan lemah yang diselamatkan oleh penjaga gol lawan. Half time, UTM semarak 1-AOFC 2.
Separuh masa kedua bermula dengan line Up Isa(GK), Cuki(DC), Ijoi (DL), Amir Gutti Thambee yang baru sampai (DMC),Deng nacho (ML) dan posisi yang yang tak disebutkan diisi oleh bebudak Import (Sekali lagi maaf. Aku x tau nama). Pasukan lawan dari minit pertama tidak jemu2 melancarkan serangan demi serangan. Namun semakin lama perlawanan berlangsung, ball possession semakin seimbang dengan pergerakan banyak diatur oleh pemain2 omport. Ijoi terpaksa berhadapan dengan winger lawan (yg standing dari fizikal tapi tinggi lagi). Walaupun Ijoi kelihatan jelas keletihan, namun usaha keras beliau harus dipuji.
AOFC banyak mendapat peluang namun barisan serangan AOFC yang agak malu2 melakukan percubaan jelas mensia-siakan peluang. Usaha keras amir gutti yang x jemu2 melancarkan gerakan balas meresahkan pihak lawan. Pihak lawan juga nyaris2 menjaringkan gol tetapi tuah jelas menyebelahi AOFC kerana selain daripada merembat motor penonton dibelakang gol dan tiang gol, mereka jelas hilang punca dan tertekan berhadapan dengan AOFC yang memegang falsafah Football suppose to be fun… Takkan depa yang main bersungguh2 nak kalah dengan team yang dibarisi pemain berusia… main sambil gelak2 lak tu… Cuma ketiadaan kutukan2 menghiburkan dari sam sahaja yang menyebabkan kemeriahan agak sedikit terencat. Namun siaran jelas Ashtro yang sekali sekala mengutuk Abang Zam the Lawnmowerman berjaya menghiburkan hati. Usaha team UTM bagaimanapun berhasil apabila barisan pertahanan cuki yang melihat sahaja pemain lawan mempamerkan skill gagal bertindak untuk menghalang lawan menjaringkan gol melalui satu rembatan deras yang cantik menewaskan Isa. 2-2.. Ijoi yang semakin keletihan digantikan dengan Puyeed dan Pok yeng masuk menggantikan player import yang mengadu tak leh nak main sebab hari semakin gelap…
Kemasukan Pok yeng jelas mengubah tempo permainan AOFC menjadi semakin aggressif.. hasilnya.. pada minit ke 82 permainan.. dicelah-celah kesamaran senja yang semakin melabuhkan tirai, Pok Yeng menjaringkan gol kemenangan AOFC…
Sehingga ke minit terakhir.. Utm semarak 2- AOFC 3..Bravo to AOFC… Jutaan terima kasih kepada pemain2 import… Tahniah Puyeed.. Your first victorious game!!!
P/S : kepada geng2 lama, mai la turun.. Lan Mesia,Lan Botax,nash, Pie jalan Duta, Pok tang,Apai, Wak Skubei, SyedTan, Nizam lipan dll… hangpa ada mesti lagi best… kan ke Football suppose to be fun..!
MOM : Pok Yeng

No comments:

Post a Comment