Thursday, August 30, 2012

AOFC 7 - Pok Guard FC 2

Khamis, 08/06/06, Padang Arkib - Setelah gagal dalam usaha menewaskan pasukan polis tempoh hari, AO FC telah mengaturkan satu perlawanan persahabatan menentang Pok Guard FC yang diperkuatkan oleh beberapa tonggak dari Cawangan Pungutan. Perancangan asal menentang Amanah Raya terpaksa dibatalkan apabila pasukan lawan terpaksa menolak jemputan akibat kekurangan pemain. Mujurlah Pok Guard FC ada bagi mengisi slot perlawanan persahabatan ini. Perlawanan ini lebih bermakna buat AO FC kerana meraikan rakan-rakan yang baru lulus prelim yang lepas dan juga perlawanan testimonial buat barisan kadet-kadet yang bakal didera oleh Demo-demo Wataniah Isnin nanti.

Cuaca pada petang ini sungguh nyaman sekali. Keadaan mendung membuatkan pemain bersemangat bagi menebuskan kekecewaan tewas 0-2 dalam satu separuh masa kepada pasukan Polis dahulu. Azlan, Sam, Pudin, Cuki, Kopeng, Cuki, Sepet, Lobo, Khai, Yazid, Pok Yeng dan Amir OKU melengkapkan barisan pemain. Ketiadaan penyerang tulen membuatkan Pok Yeng dan Amir OKU diletakkan sebagai "The Twin Striker". Perlawanan dimulakan dengan AO FC lebih banyak diasak oleh serangan dari barisan penyerang Pok Guard yang diketuai oleh Farid, namun barisan pertahanan AO FC tenang menyerap asakan dan menghadkan barisan pemain lawan kepada cubaan dari jarak jauh sahaja.
Dalam kental bertahan itu, AO FC berjaya jua membuka tirai jaringan apabila hasil gerakan cantik dari Pok Yeng dan Yazid di sebelah kanan, bola dihantar kepada Amir OKU yang tenang merembat menewaskan penjaga gol lawan. Nampaknya tidak sia-sia pertukaran posisi buat Amir ini dan mungkin ini gol itu didedikasikan buat Aina Yasmen anak sulongnya. AO FC terus mengasak gawang lawan. Rembatan jauh Pok Yeng berjaya ditampan oleh penjaga gol lawan buat AO memperolehi tendangan sudut. Tendangan Amir Lobo berjaya ditanduk masuk oleh Kopeng buat gol kedua AO FC. Selepas gol tersebut, Pok Guard banyak menyerang namun sering terperangkap di dalam perangkap offside yang dirancang dengan bijak oleh Kopeng dan Cuki. Nampaknya Cuki memerlukan Kopeng buat membantu ketidakupayaannya membuat perangkap offside. Dalam rancak menyerang, Pok Guard meninggalkan ruang yang kosong di barisan pertahanannya yang akhirnya dieksloitasi oleh AO FC dengan Amir OKU yang menerima through ball berlari laju menuju ke gawang lawan sambil di asak oleh Jamil pertahanan Pok Guard, namun Amir OKU merembat dan walaupun bola terkena keeper yang keluar bagi menghalang Amir OKU, namun bola singgah di kaki Amir OKU dan beliau tenang melorongkan bola ke gawang yang kosong. AO FC menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 3-0.
Separuh masa kedua beberapa pemain dikeluarkan. Bhai, Pie Moto, Nasiem, dan Berg iaitu housemate Sam yang diimport khas dari Bank Rakyat dibawa masuk bagi menggantikan Sam, Pudin, Amir OKU dan Khai. Pertukaran ini diharapkan agar dapat memberi pertambahan gol lagi buat AO FC yang rancak meneruskan serangan. Setelah menyerang buat beberapa ketika akhirnya AO FC berjaya menambahkan gol melalui pemain import barunya, Berg yang setelah menewaskan perangkap offside berjaya merembat tenang buat gol keempat AO FC. Setelah gol tersebut AO FC semakin rancak menyerang. Sepet dikeluarkan bagi digantikan dengan Pudin. Amir Lobo berjaya menambahkan jaringan kelima AO FC melalui gerakan solo cantik. Beliau tenang menggelecek dari kawasan AO FC dan menewaskan hampir keseluruhan pertahanan Pok Guard sebelum menjaringkan gol yang bakal diiktiraf sebagai gol tercantik perlawanan. Setelah gol itu Amir Lobo dikeluarkan dan digantikan dengan Pok Yeang atas permintaan Bhai agar beliau tidak dapat mengatasi kedudukan Bhai di atas carta penjaring terbanyak.
Selepas itu barisan pertahanan AO FC agak leka dan membiarkan Pok Guard menambahkan kedudukan dengan gol standard yang biasa dilepaskan oleh Lan. Bola rembatan lawan yang tinggi melambung melemaskan Lan. Tersentak, AO FC menggandakan asakan dan kembali menjarakkan kedudukan dengan gol keenam melalui rembatan Berg buat gol keenam AO FC. Lawan tidak mahu mengalah dan mendapatkan gol kedua mereka setelah barisan pertahanan membuat satu kesilapan apabila gagal mengeluarkan bola yang sampai kekaki pemain Pok Guard yang tenang merembat menewaskan Lan yang cuba menepisnya. " Bola licin la Sam" kata Lan memberi alasan. Namun pesta gol AO FC tidak dapat dibendung lagi. Hasil gerakan menarik Bhai bola dihantar kepada Pok Yeng buat gol ketujuh team AO FC yang mendahului 7-2. Pok Guard jelas tertekan dan cuba mencari gol namun barisan pertahanan kental bertahan terutamanya Nizam yang berjaya menyelamatkan bola di atas garisan gol walaupun tidak memakai contact lens.
Perlawanan ditamatkan buat AO FC merakamkan kemenangan terbesar ketika menyarung jersey Tebuan dan meninggalkan padang dengan penuh kepuasan. Mungkinkah ada rematch lagi selepas ini? Namun tahniah buat Amir OKU, Man of The Match dan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulong anda.

No comments:

Post a Comment