Thursday, January 17, 2013

AOFC vs ELEVEN FC

Tarikh: 13 Januari 2013
Tempat: Padang Kejiranan Presint 11, Putrajaya
Team Lawan: Team Presint 11.

Permulaan tahun 2013 bagi team AOFC akan dilalui dengan penuh cabaran, memandangkan usia pemain-pemain yang semakin meningkat ke arah veteran. Perlawanan pertama tahun 2013 pula amat mengelirukan apabila setibanya dipadang terdapat 2 team lain menunggu untuk bermain di padang yang sama. Bak kata Norimic, mungkin kita tidak biasa bermain di padang free..

Walaubagai manapun, atas dasar toleransi permainan tetap diteruskan dengan 4 pasukan yang terlibat. AOFC diberi peluang untuk 20 minit pertama. 20 minit berikutnya 2 team lain bermain dan selepas itu barulah 20 minit ketiga untuk 2nd half. Seolah-olah satu kejohanan bolasepak 1Malaysia.

Antara yang hadir


  1. cuki
  2. anak sedara cuki
  3. husni
  4. norimic
  5. syazwan
  6. jai
  7. aze
  8. bad
  9. w.a.k. skubey (first in so many years)
  10. amir lobo
  11. apai
  12. bhai
  13. saiful 
  14. jenal
  15. dedek
  16. Pie
  17. Nash
sape lagi ek.. 


AOFC tewas 0-2 kepada team yang main hari-hari kat situ... huhu.. 

Team AO F.C. Walk On With Their Head Held High


Team AO F.C. -      LHDN United 2

Khamis, 25 Ogos 2005, Padang Arkib - Dendam cawangan Pungutan nampak seakan akan berbalas pada petang ini. Cuaca yang sangat baik walaupun pada mulanya guruh berdentum dengan kuat dan laporan cuaca dari Pok Yeng yang mengatakan hujan lebat bakal menjelma hanyalah ramalan sahaja dan ternyata kehadiran pemain dari kedua-dua pasukan amat memberangsangkan. Ekhwan, team manager Pungutan nampaknya telah menghimpunkan begitu ramai sekali pemain-pemain berstatus bintang LHDN dari seluruh Lembah Kelang dan selayaknya Team AO F.C. akan menghadapi Team LHDN KLeague+Team LHDN Zon Tengah+Team LHDN Sukan Kewangan. Bahkan kehadiran jurulatih LHDN iaitu Putra juga menunjukkan betapa gentarnya mereka terhadap Team AO F.C..Nampaknya Team AO F.C. semakin digeruni di Lembah Kelang.
                Namun Team AO. F.C.  bukanlah team ayam yang boleh dikotak-katikkan lagi. Kalau dulu Team AO F.C. hanya dianggap sebagai team serpihan dan tiada harapan, namun semangat setiakawan yang sekian lama dijalinkan menjadi semangat yang sukar diperkotak-katikkan. Bahkan inilah masanya bagi pemain-pemain yang hanya dipandang sebelah mata selama ini seperti Beyo, Bhai, Cuki dan Leman membuktikan kehebatan mereka. Perlawanan terakhir bagi Jenal ini juga bakal membawa kepuasan kepada semua.
                Barisan pemain Team AO F.C. yang diturunkan pada petang ini tidak banyak berubah. GK Jenal, DC Kapitan Abun Cuki, DC Ajis, DL Pudin, DR Nizam, ML Ashri. , MR Pok Yeng, MC Bhai, MC Leman, FC Beyo, SC AzeGem.  Barisan pemain lawan yang agak berbahaya di mata menyebabkan pasukan Team AO F.C. lebih menumpukan kepada bahagian tengah dengan AzeGem diberi peranan sebagai Lone Striker upfront.  Taktik begini ternyata membantutkan team lawan yang tidak banyak mengggugat Jenal. Barisan pertahanan agak kental dan sukar ditembusi dan team lawan hanya sesekali menmbuat cubaan jarak jauh. Perlawanan baru lima minit belalu tetapi sorang pemain Team AO FC sudah  tercungap-cungap berlari kegarisan tepi ke arah bangku simpanan dan minta dikeluarkan. Siapa dia? Siapa lagi kalau bukan pengendali alat pemancar siaran rakaman Langsung Channel 73 Stesen Satelit Ashtro, ASHRI yang digantikan oleh Khai. Alasan yang digunakannya , "Aku bukan penat la, ada orang bagitau siaran tak jelas sebab tu la aku keluar, asyik lari ja dalam tu, ganggu siaran la".
                Serangan bertali arus team AO. F.C.  akhrinya membuahkan kejayaan. Hasil satu lontaran dari PokYeng, bola yang cuba ditangkap oleh keeper lawan terlepas dan terus jatuh ke kaki AzeGem yang sambil berterima kasih dengan pemberian itu tenang merembat untuk gol pertama Team AO  F.C. untuk menjadikan Team AO F.C. 1 - LHDN United 0.  Kemasukkan Khai sedikit memantapkan barisan tengah Team AO FC.  Hasilnya dari satu sepakan sudut Pok Yeng, Khai yang selama ini dikutuk oleh Manager Sam supaya menukar boot tidak bertuahnya yang membawa malang tu menghasilkan gol melalui satu tandukan cukup cantik dan laju terus menerjah gawang menjadikan kedudukan Team AO F.C. 2- LHDN United 0. Aksi selepas itu banyak dikuasai oleh LHDN United namun serangan mereka banyak menemui kebuntuan. Separuh masa pertama berakhir dengan Team AO F.C. 2- LHDN United 0.
                Separuh masa kedua LHDN United membawa masuk lebih ramai player yang fit terutamanya Star Striker dan Penjaring terbanyak LHDN bagi Liga KL. Che Rohimi. Sedikit pertukaran bagi pemain Team AO F.C. dengan mengeluarkan Pudin yang sepanjang first half menggunakan kepanjangan kakinya yang ditambah efektif dengan boot Nike baru dan shinpad baru Nike untuk mematikutukan Ganu @ Si kecil dari mendapat bola dan digantikan dengan Pok Tang. Perubahan posisi dengan Pok Tang menggantikan tempat Ajis sebagai sweeper dan Ajis beralih ke DL.  Aisa menggantikan Pok Yeng di MR.Amir Klang menggantikan Khai. di ML  Pasukan LHDN United banyak menyerang dibabak kedua. Team AO F.C. agak goyah akibat kurang Fit. Leman dan Bhai bertungkus lumus menyerap asakan ditengah. Apai, Boy, Sepet dan Soffee dimasukkan bagi menggantikan Beyo, Nizam, Ajis dan AzeGem. Dalam satu serangan kilat LHDN United, pemain mereka ditackle keras dan referee menghadiahkan satu sepakan percuma. Sepakan diambil oleh Che Rohimi dengan cantik menewaskan Jenal. Team AO F.C. 2- LHDN United 1.Selepas gol itu Sam dimasukkan menggantikan Bhai. Buat makluman semua Kapitan Cuki Abun main fulltime.(Dia yang suruh highlight benda ni!!!!!!)
                Team AO. FC banyak bertahan dengan hanya sesekali melancarkan serangan balas dengan cubaan jarak jauh oleh Apai. Namun kelonggaran cengkaman barisan tengah ditambah dengan tahap fitness yang teruk menyebabkan perlawanan lebih banyak dikuasai oleh LHDN United. Team AO. F.C banyak bertahan saja dan menyerap asakan. Jenal masih dengan aksi rushing out yang sungguh unik dan dalam satu aksi sebegitu, sekali lagi berlanggar dengan Pok Tang. Kenangan sebelum ke Tawau katanya. Akhirnya LHDN United berjaya menyamakan kedudukan melalui satu gerakan pantas, wing kanan mereka tenang menewaskan Sepet dan melintangkan bola dan terus dirembat masuk. Team AO F.C. 2- LHDN United 2.Satu gol standard yang selalu dilepaskan barisan pertahanan kita. Keeper perlu lebih alert, kena deal ngan cross ni, nampaknya cam Norimi bakal  dipanggil balik dari Kluang?.
                Hari semakin gelap dan rakaman langsung yang dibuat nampaknya akan sedikit terjejas. Maghrib semakin dekat tetapi referee nampaknya seakan tidak mahu menamatkan perlawanan seolah-olah mahukan LHDN United menjaringkan gol kemenangan. Namun perlawanan akhirnya ditamatkan dengan Team AO F.C. 2- LHDN United 2. Tahniah buat semua atas komitmen anda, mungkin game selepas ini di Stadium Merdeka menentang PNB dan game perasmian Jersey baru Team AO F.C. Terima kasih buat penyokong team AO FC yang hadir spt Syed Jufri dan Firuz. Buat Jenal, Thank U dan jumpa di bengkel peringkat Master Prelim.