Team AO F.C. 2 - LHDN United 2
Khamis,
25 Ogos 2005, Padang Arkib - Dendam cawangan
Pungutan nampak seakan akan berbalas pada petang ini. Cuaca yang sangat baik
walaupun pada mulanya guruh berdentum dengan kuat dan laporan cuaca dari Pok
Yeng yang mengatakan hujan lebat bakal menjelma hanyalah ramalan sahaja dan
ternyata kehadiran pemain dari kedua-dua pasukan amat memberangsangkan. Ekhwan,
team manager Pungutan nampaknya telah menghimpunkan begitu ramai sekali
pemain-pemain berstatus bintang LHDN dari seluruh Lembah Kelang dan selayaknya
Team AO F.C. akan menghadapi Team LHDN KLeague+Team LHDN Zon Tengah+Team LHDN
Sukan Kewangan. Bahkan kehadiran jurulatih LHDN iaitu Putra juga menunjukkan
betapa gentarnya mereka terhadap Team AO F.C..Nampaknya Team AO F.C. semakin
digeruni di Lembah Kelang.
Namun Team AO. F.C. bukanlah team ayam yang boleh dikotak-katikkan lagi.
Kalau dulu Team AO F.C. hanya dianggap sebagai team serpihan dan tiada harapan,
namun semangat setiakawan yang sekian lama dijalinkan menjadi semangat yang
sukar diperkotak-katikkan. Bahkan inilah masanya bagi pemain-pemain yang hanya
dipandang sebelah mata selama ini seperti Beyo, Bhai, Cuki dan Leman
membuktikan kehebatan mereka. Perlawanan terakhir bagi Jenal ini juga bakal
membawa kepuasan kepada semua.
Barisan pemain Team AO F.C. yang diturunkan pada petang ini tidak banyak
berubah. GK Jenal, DC Kapitan Abun Cuki, DC Ajis, DL Pudin, DR Nizam, ML
Ashri. , MR Pok Yeng, MC Bhai, MC Leman, FC Beyo, SC AzeGem. Barisan
pemain lawan yang agak berbahaya di mata menyebabkan pasukan Team AO F.C. lebih
menumpukan kepada bahagian tengah dengan AzeGem diberi peranan sebagai Lone
Striker upfront. Taktik begini ternyata membantutkan team lawan yang
tidak banyak mengggugat Jenal. Barisan pertahanan agak kental dan sukar
ditembusi dan team lawan hanya sesekali menmbuat cubaan jarak jauh. Perlawanan
baru lima minit belalu tetapi sorang pemain Team AO FC sudah
tercungap-cungap berlari kegarisan tepi ke arah bangku simpanan dan minta
dikeluarkan. Siapa dia? Siapa lagi kalau bukan pengendali alat pemancar siaran
rakaman Langsung Channel 73 Stesen Satelit Ashtro, ASHRI yang digantikan oleh
Khai. Alasan yang digunakannya , "Aku bukan penat la, ada orang bagitau
siaran tak jelas sebab tu la aku keluar, asyik lari ja dalam tu, ganggu siaran
la".
Serangan bertali arus team AO. F.C. akhrinya membuahkan kejayaan. Hasil
satu lontaran dari PokYeng, bola yang cuba ditangkap oleh keeper lawan terlepas
dan terus jatuh ke kaki AzeGem yang sambil berterima kasih dengan pemberian itu
tenang merembat untuk gol pertama Team AO F.C. untuk menjadikan Team AO
F.C. 1 - LHDN United 0. Kemasukkan Khai sedikit memantapkan
barisan tengah Team AO FC. Hasilnya dari satu sepakan sudut Pok Yeng,
Khai yang selama ini dikutuk oleh Manager Sam supaya menukar boot tidak
bertuahnya yang membawa malang tu menghasilkan gol melalui satu tandukan cukup
cantik dan laju terus menerjah gawang menjadikan kedudukan Team AO F.C. 2- LHDN
United 0. Aksi selepas itu banyak dikuasai oleh LHDN United namun serangan
mereka banyak menemui kebuntuan. Separuh masa pertama berakhir dengan Team AO
F.C. 2- LHDN United 0.
Separuh masa kedua LHDN United membawa masuk lebih ramai player yang fit
terutamanya Star Striker dan Penjaring terbanyak LHDN bagi Liga KL. Che Rohimi.
Sedikit pertukaran bagi pemain Team AO F.C. dengan mengeluarkan Pudin yang
sepanjang first half menggunakan kepanjangan kakinya yang ditambah efektif
dengan boot Nike baru dan shinpad baru Nike untuk mematikutukan Ganu @ Si kecil
dari mendapat bola dan digantikan dengan Pok Tang. Perubahan posisi
dengan Pok Tang menggantikan tempat Ajis sebagai sweeper dan Ajis beralih ke
DL. Aisa menggantikan Pok Yeng di MR.Amir Klang
menggantikan Khai. di ML Pasukan LHDN United banyak menyerang dibabak
kedua. Team AO F.C. agak goyah akibat kurang Fit. Leman dan Bhai bertungkus
lumus menyerap asakan ditengah. Apai, Boy, Sepet dan Soffee dimasukkan
bagi menggantikan Beyo, Nizam, Ajis dan AzeGem. Dalam satu serangan kilat LHDN
United, pemain mereka ditackle keras dan referee menghadiahkan satu sepakan
percuma. Sepakan diambil oleh Che Rohimi dengan cantik menewaskan Jenal. Team
AO F.C. 2- LHDN United 1.Selepas gol itu Sam dimasukkan menggantikan
Bhai. Buat makluman semua Kapitan Cuki Abun main fulltime.(Dia yang
suruh highlight benda ni!!!!!!)
Team AO. FC banyak bertahan dengan hanya sesekali melancarkan serangan balas
dengan cubaan jarak jauh oleh Apai. Namun kelonggaran cengkaman barisan tengah
ditambah dengan tahap fitness yang teruk menyebabkan perlawanan lebih banyak
dikuasai oleh LHDN United. Team AO. F.C banyak bertahan saja dan menyerap
asakan. Jenal masih dengan aksi rushing out yang sungguh unik dan dalam satu
aksi sebegitu, sekali lagi berlanggar dengan Pok Tang. Kenangan sebelum ke
Tawau katanya. Akhirnya LHDN United berjaya menyamakan kedudukan melalui satu
gerakan pantas, wing kanan mereka tenang menewaskan Sepet dan melintangkan bola
dan terus dirembat masuk. Team AO F.C. 2- LHDN United 2.Satu gol standard yang
selalu dilepaskan barisan pertahanan kita. Keeper perlu lebih alert, kena deal
ngan cross ni, nampaknya cam Norimi bakal dipanggil balik dari Kluang?.
Hari semakin gelap dan rakaman langsung yang dibuat nampaknya akan sedikit
terjejas. Maghrib semakin dekat tetapi referee nampaknya seakan tidak mahu
menamatkan perlawanan seolah-olah mahukan LHDN United menjaringkan gol
kemenangan. Namun perlawanan akhirnya ditamatkan dengan Team AO F.C. 2- LHDN
United 2. Tahniah buat semua atas komitmen anda, mungkin game selepas ini di
Stadium Merdeka menentang PNB dan game perasmian Jersey baru Team AO
F.C. Terima kasih buat penyokong team AO FC yang hadir spt Syed Jufri dan
Firuz. Buat Jenal, Thank U dan jumpa di bengkel peringkat Master Prelim.
No comments:
Post a Comment