5.40 petang
Padang A, UKM Bangi
Assalamu’alaikum,
Kehadiran
1.
Cuki
2.
Leman
3.
Puding
4.
Bai
5.
Aze
6.
Nash
7.
Jai
8.
Scs
9.
Amir gago
10. Husni
11. Pie
12. Jenal
13. Khai
14. Syazwan
15. Puyeed
Amir Lobo
Amir Lobo
Hujan yang turun dengan lebat
sejak dari tengah hari meresahkan banyak pemain2 AOFC dan semua tertanya-tanya
apakah game ON atau tidak.
Ketika pemain-pemain AOFC masih
mengira kehadiran, pasukan lawan telah pun memulakan warm up di dalam
padang yang basah dan hujan renyai-renyai.
Beberapa panggilan telefon untuk
pemain2 AOFC berjaya juga mencukupkan kesebelasan pemain dengan meminjam bekas
penjaga gol AOFC, Norimic.
Nash yang update facebook
pada sehari sebelum supaya semua pemain datang awal, kerana konvokesyen di UKM
menyebabkan jalan sesak..... tetapi sebenarnya beliau adalah antara yang lewat
sampai... hehe... Aze pula sedang enak melayan cerita Hantu Kapcai terpaksa
datang juga setelah mendapat panggilan telefon dari pemain2 lain.
Pemain AOFC ceria dengan
kehadiran Leman yang ada taklimat BRIM, warm up yg menjadi trademark
Leman dengan melipat kaki disambut dengan kutukan/gelakan mesra rakan-rakan
yang lain.
Perlawanan dimulakan pada jam
5.40 petang dengan semua pemain masih takut-takut terkena air.
Gol pertama AOFC dijaringkan
oleh Aze.
Seterusnya oleh Nash. AOFC
mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, beberapa
pertukaran dilakukan oleh AOFC, sementara pasukan lawan telah pun melakukan
beberapa pertukaran dari separuh masa pertama lagi. Sungguh ramai pemain
simpanan pasukan lawan.
Pada pertengahan separuh kedua,
Bai masuk menggantikan Nash dan berjaya menjaringkan gol melalui tandukan hidung
hasil sepakan sudut. AOFC 3-0.
Selang beberapa minit, pasukan
lawan berjaya mendapatkan satu gol hasil tangkapan kurang kemas oleh penjaga
gol pinjam AOFC, Norimic. AOFC 3-1.
Setelah mendapat kutukan dari
Bai berkenaan dengan La Liga Connection, Amir dan Khai berganding menghasil gol
ke-4 (sebenarnya bola clear terkena air tak sampai kepada pemain lawan)
melengkapkan kemenangan bergaya AOFC.
Terima kasih kepada yang hadir.

No comments:
Post a Comment