Friday, August 31, 2012

AOFC vs UIA Staff

Game 2/4/2008

Kalah mcm biasa la...

AO FC     0    -    UIA Staff 1

Kehadiran:

1. Edgar "Nizam" David - main keeper untuk 2nd n 3rd half - banyak relaks sambil bilang rumput dalam padang
2. Cuki
3. Puyeed
4. Sam
5. Ley Sepet
6. Aze
7. Khai Mugang
8. Kopeng
9. John Yem Rambong Stallone
10. Apai
11. Ashri
12. Jai - import (bakal diwarganegarakan sebagai player AO FC tak lama lagi..AO kat JPHasil)
13. Abg Amir Pro Centre - injured masa first half
14.  Fahmi Pro Centre
15. Ajoi Pro Centre
16. Faizal Pro Centre
17. Par Sambilan Pro Centre
18. Anak Menakan Cuki
19. Member Anak menakan cuki
Lupa plak :

MOM (Man of Mistake)  jatuh kepada Encik Ahmad CUki sebab satu shooting jarak jauh yang mendapat tepukan gemuruh dan standing ovatian dari penonton....

special mention - sepet - main hebak bila kat UIa..maklumla padang dia ditabalkan sebagai player world cup...

AOFC vs JCK & NR

27 Mac 2008

Salam,

AO FC         2    -    Cukai Korprat @ NR 3

Khai Mugang - tandukan menggunakan belalai
Beyo - hasil rembatan jarak jauh Abe Yee

Kehadiran :
1. Johnny
2. Abg Amir
3. Lan MCA
4. Sam
5. Nizam
6. Cuki
7. Puyeed
8. Pudin
9. Apai
10. Amir Gago
11. Beyo
12. Abe Yee
13. Khai
14. Pie Rempit
15. Nizam

MOM - Pok Yeng - tireless midfielder

Special Mention - Nizam , rembatan padu clearance tepat ke muka cuki.


diskusi di email lepas game


Samsul Adly Zainol/Operasi/LHDN
28/03/2008 09:26 AM   
    To
    Mohd Fairuz Mhd Omar/Cheras/LHDN@LHDN,
    cc
    Ahmad Ridhuan Mohamed Alwi/Ipoh/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Ahmad Sukri Samsudin/WMaju/LHDN@LHDN, Amir Hasrizal Yahaya/Klang/LHDN@LHDN, Amirudin Mohamed Shariff/PPinang/LHDN@LHDN, Farid Arimi Ab Halim/Operasi/LHDN@LHDN, Fazil Othman/Kluang/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Firuz Zarizi Abd Rahim/PungutanKL/LHDN@LHDN, Hafizul Hadi Sairi/JalanDuta/LHDN@LHDN, Hisham Mohamed Hasan/Operasi/LHDN@LHDN, Hizarudin Mohd Radi/BMertajam/LHDN@LHDN, Ikram Hakim Mokhtar/PejabatKP/LHDN@LHDN, Izhan Adnan/Operasi/LHDN@LHDN, Khairudin Shamsudin/Cheras/LHDN@LHDN, Mahfuz Abdul Malik/JBahru/LHDN@LHDN, Marwelies Mohd Yusoff/Operasi/LHDN@LHDN, Mohamad Shafie Mohd Noor/Cheras/LHDN@LHDN, Mohammad Shahril Baharudin/Kluang/LHDN@LHDN, Mohd Affendi Ayub/Kangar/LHDN@LHDN, Mohd Aisa Mohammed/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Ashri Ahmad/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azamuddin Mustapa/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Azhar Padzin/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azizul Jali/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azlan Mohd Razali/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Fairuz Mhd Omar/Cheras/LHDN@LHDN, Mohd Faizal Shari/Cheras/LHDN@LHDN, Mohd Husni Mohd Noor/Kuching/LHDN@LHDN, Mohd Nazreen Ismail/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Nizam Abdullah/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Norhazley Mohd Nor Rashid/Klang/LHDN@LHDN, Mohd Norimi Rameli/Kluang/LHDN@LHDN, Mohd Rozaini Mohamed/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Shafie Omar/JalanDuta/LHDN@LHDN, Mohd Soffee Mohd Zahir/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Yusri Yong/KualaLumpurBandar/LHDN@LHDN, Mohd Zainudin Kadir/CukaiKorporat/LHDN@LHDN, Muhammad Zahid Mohd Radzi/SAlam/LHDN@LHDN, Nasharul Kamal Sidek/PJaya/LHDN@LHDN, Noor Azelan Othman/Klang/LHDN@LHDN, Norazizi Nazli Mohamed/KKinabalu/LHDN@LHDN, Norazlan Hadi Mohamed/PungutanKL/LHDN@LHDN, Rudie Iswadie Ismail/JalanDuta/LHDN@LHDN, Shafudin Yacob/PungutanKL/LHDN@LHDN, Shukri Che Sulong/Operasi/LHDN@LHDN, Syed Zulkifli Abu Seman/Operasi/LHDN@LHDN, Wan Ahmad Kamal Wan Jaafar/SAlam/LHDN@LHDN, Yusaini Mohamed Yunus/KBharu/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Zainal Nazim Zainal Abidin/Tawau/LHDN@LHDN
    Subject
    Re: Result
   
   
   
   

aku hampa ada member aku sia-siakan hampir tujuh peluang semalam...



Mohd Fairuz Mhd Omar/SAlam/LHDN
Sent by: Mohd Fairuz Mhd Omar
28/03/2008 08:53 AM   
    To
    Samsul Adly Zainol/Operasi/LHDN@LHDN
    cc
    Ahmad Ridhuan Mohamed Alwi/Ipoh/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Ahmad Sukri Samsudin/WMaju/LHDN@LHDN, Amir Hasrizal Yahaya/Klang/LHDN@LHDN, Amirudin Mohamed Shariff/PPinang/LHDN@LHDN, Farid Arimi Ab Halim/Operasi/LHDN@LHDN, Fazil Othman/Kluang/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Firuz Zarizi Abd Rahim/PungutanKL/LHDN@LHDN, Hafizul Hadi Sairi/JalanDuta/LHDN@LHDN, Hisham Mohamed Hasan/Operasi/LHDN@LHDN, Hizarudin Mohd Radi/BMertajam/LHDN@LHDN, Ikram Hakim Mokhtar/PejabatKP/LHDN@LHDN, Izhan Adnan/Operasi/LHDN@LHDN, Khairudin Shamsudin/Cheras/LHDN@LHDN, Mahfuz Abdul Malik/JBahru/LHDN@LHDN, Marwelies Mohd Yusoff/Operasi/LHDN@LHDN, Mohamad Shafie Mohd Noor/Cheras/LHDN@LHDN, Mohammad Shahril Baharudin/Kluang/LHDN@LHDN, Mohd Affendi Ayub/Kangar/LHDN@LHDN, Mohd Aisa Mohammed/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Ashri Ahmad/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azamuddin Mustapa/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Azhar Padzin/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azizul Jali/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azlan Mohd Razali/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Faizal Shari/Cheras/LHDN@LHDN, Mohd Husni Mohd Noor/Kuching/LHDN@LHDN, Mohd Nazreen Ismail/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Nizam Abdullah/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Norhazley Mohd Nor Rashid/Klang/LHDN@LHDN, Mohd Norimi Rameli/Kluang/LHDN@LHDN, Mohd Rozaini Mohamed/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Shafie Omar/JalanDuta/LHDN@LHDN, Mohd Soffee Mohd Zahir/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Yusri Yong/KualaLumpurBandar/LHDN@LHDN, Mohd Zainudin Kadir/CukaiKorporat/LHDN@LHDN, Muhammad Zahid Mohd Radzi/SAlam/LHDN@LHDN, Nasharul Kamal Sidek/PJaya/LHDN@LHDN, Noor Azelan Othman/Klang/LHDN@LHDN, Norazizi Nazli Mohamed/KKinabalu/LHDN@LHDN, Norazlan Hadi Mohamed/PungutanKL/LHDN@LHDN, Rudie Iswadie Ismail/JalanDuta/LHDN@LHDN, Shafudin Yacob/PungutanKL/LHDN@LHDN, Shukri Che Sulong/Operasi/LHDN@LHDN, Syed Zulkifli Abu Seman/Operasi/LHDN@LHDN, Wan Ahmad Kamal Wan Jaafar/SAlam/LHDN@LHDN, Yusaini Mohamed Yunus/KBharu/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Zainal Nazim Zainal Abidin/Tawau/LHDN@LHDN
    Subject
    Re: Result
   
   
   
   

ala...kalau macam england
mana2 pengurusan pun kalah gak
huahahahaha.......yg penting ENJOY
especially bila kawan kena rembat  di muka score gol...............



Samsul Adly Zainol/Operasi/LHDN
28/03/2008 09:11   
    To
    Muhammad Zahid Mohd Radzi/SAlam/LHDN@LHDN
    cc
    Ahmad Ridhuan Mohamed Alwi/Ipoh/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Ahmad Sukri Samsudin/WMaju/LHDN@LHDN, Amir Hasrizal Yahaya/Klang/LHDN@LHDN, Amirudin Mohamed Shariff/PPinang/LHDN@LHDN, Farid Arimi Ab Halim/Operasi/LHDN@LHDN, Fazil Othman/Kluang/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Firuz Zarizi Abd Rahim/PungutanKL/LHDN@LHDN, Hafizul Hadi Sairi/JalanDuta/LHDN@LHDN, Hisham Mohamed Hasan/Operasi/LHDN@LHDN, Hizarudin Mohd Radi/BMertajam/LHDN@LHDN, Ikram Hakim Mokhtar/PejabatKP/LHDN@LHDN, Izhan Adnan/Operasi/LHDN@LHDN, Khairudin Shamsudin/Cheras/LHDN@LHDN, Mahfuz Abdul Malik/JBahru/LHDN@LHDN, Marwelies Mohd Yusoff/Operasi/LHDN@LHDN, Mohamad Shafie Mohd Noor/Cheras/LHDN@LHDN, Mohammad Shahril Baharudin/Kluang/LHDN@LHDN, Mohd Affendi Ayub/Kangar/LHDN@LHDN, Mohd Aisa Mohammed/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Ashri Ahmad/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azamuddin Mustapa/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Azhar Padzin/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azizul Jali/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Azlan Mohd Razali/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Fairuz Mhd Omar/Cheras/LHDN@LHDN, Mohd Faizal Shari/Cheras/LHDN@LHDN, Mohd Husni Mohd Noor/Kuching/LHDN@LHDN, Mohd Nazreen Ismail/PungutanKL/LHDN@LHDN, Mohd Nizam Abdullah/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Norhazley Mohd Nor Rashid/Klang/LHDN@LHDN, Mohd Norimi Rameli/Kluang/LHDN@LHDN, Mohd Rozaini Mohamed/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Shafie Omar/JalanDuta/LHDN@LHDN, Mohd Soffee Mohd Zahir/Operasi/LHDN@LHDN, Mohd Yusri Yong/KualaLumpurBandar/LHDN@LHDN, Mohd Zainudin Kadir/CukaiKorporat/LHDN@LHDN, Nasharul Kamal Sidek/PJaya/LHDN@LHDN, Noor Azelan Othman/Klang/LHDN@LHDN, Norazizi Nazli Mohamed/KKinabalu/LHDN@LHDN, Norazlan Hadi Mohamed/PungutanKL/LHDN@LHDN, Rudie Iswadie Ismail/JalanDuta/LHDN@LHDN, Shafudin Yacob/PungutanKL/LHDN@LHDN, Shukri Che Sulong/Operasi/LHDN@LHDN, Syed Zulkifli Abu Seman/Operasi/LHDN@LHDN, Wan Ahmad Kamal Wan Jaafar/SAlam/LHDN@LHDN, Yusaini Mohamed Yunus/KBharu/Penyiasatan/LHDN@LHDN, Zainal Nazim Zainal Abidin/Tawau/LHDN@LHDN
    Subject
    Re: Result
   
   
   
   

2 la pasal..mungkin  selepas pengurusan baru mengambil alih AO FC pada bulan Mei nanti maka akan lebih maju jaya lagi AO FC.




Thursday, August 30, 2012

From Email Sam 26/12/2006


Next Game AO FC :

AO FC vs BESTA FC

Day/Date    :      Thursday 28/12/2006
Time         :    5.30 pm
Venue        :    Padang A Uniten
Jersey        :    Tebuan AO FC

Minta maaf...aku tak dapat cari lawan di sekitar KL ni..

AOFC 7 - Pok Guard FC 2

Khamis, 08/06/06, Padang Arkib - Setelah gagal dalam usaha menewaskan pasukan polis tempoh hari, AO FC telah mengaturkan satu perlawanan persahabatan menentang Pok Guard FC yang diperkuatkan oleh beberapa tonggak dari Cawangan Pungutan. Perancangan asal menentang Amanah Raya terpaksa dibatalkan apabila pasukan lawan terpaksa menolak jemputan akibat kekurangan pemain. Mujurlah Pok Guard FC ada bagi mengisi slot perlawanan persahabatan ini. Perlawanan ini lebih bermakna buat AO FC kerana meraikan rakan-rakan yang baru lulus prelim yang lepas dan juga perlawanan testimonial buat barisan kadet-kadet yang bakal didera oleh Demo-demo Wataniah Isnin nanti.

Cuaca pada petang ini sungguh nyaman sekali. Keadaan mendung membuatkan pemain bersemangat bagi menebuskan kekecewaan tewas 0-2 dalam satu separuh masa kepada pasukan Polis dahulu. Azlan, Sam, Pudin, Cuki, Kopeng, Cuki, Sepet, Lobo, Khai, Yazid, Pok Yeng dan Amir OKU melengkapkan barisan pemain. Ketiadaan penyerang tulen membuatkan Pok Yeng dan Amir OKU diletakkan sebagai "The Twin Striker". Perlawanan dimulakan dengan AO FC lebih banyak diasak oleh serangan dari barisan penyerang Pok Guard yang diketuai oleh Farid, namun barisan pertahanan AO FC tenang menyerap asakan dan menghadkan barisan pemain lawan kepada cubaan dari jarak jauh sahaja.
Dalam kental bertahan itu, AO FC berjaya jua membuka tirai jaringan apabila hasil gerakan cantik dari Pok Yeng dan Yazid di sebelah kanan, bola dihantar kepada Amir OKU yang tenang merembat menewaskan penjaga gol lawan. Nampaknya tidak sia-sia pertukaran posisi buat Amir ini dan mungkin ini gol itu didedikasikan buat Aina Yasmen anak sulongnya. AO FC terus mengasak gawang lawan. Rembatan jauh Pok Yeng berjaya ditampan oleh penjaga gol lawan buat AO memperolehi tendangan sudut. Tendangan Amir Lobo berjaya ditanduk masuk oleh Kopeng buat gol kedua AO FC. Selepas gol tersebut, Pok Guard banyak menyerang namun sering terperangkap di dalam perangkap offside yang dirancang dengan bijak oleh Kopeng dan Cuki. Nampaknya Cuki memerlukan Kopeng buat membantu ketidakupayaannya membuat perangkap offside. Dalam rancak menyerang, Pok Guard meninggalkan ruang yang kosong di barisan pertahanannya yang akhirnya dieksloitasi oleh AO FC dengan Amir OKU yang menerima through ball berlari laju menuju ke gawang lawan sambil di asak oleh Jamil pertahanan Pok Guard, namun Amir OKU merembat dan walaupun bola terkena keeper yang keluar bagi menghalang Amir OKU, namun bola singgah di kaki Amir OKU dan beliau tenang melorongkan bola ke gawang yang kosong. AO FC menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 3-0.
Separuh masa kedua beberapa pemain dikeluarkan. Bhai, Pie Moto, Nasiem, dan Berg iaitu housemate Sam yang diimport khas dari Bank Rakyat dibawa masuk bagi menggantikan Sam, Pudin, Amir OKU dan Khai. Pertukaran ini diharapkan agar dapat memberi pertambahan gol lagi buat AO FC yang rancak meneruskan serangan. Setelah menyerang buat beberapa ketika akhirnya AO FC berjaya menambahkan gol melalui pemain import barunya, Berg yang setelah menewaskan perangkap offside berjaya merembat tenang buat gol keempat AO FC. Setelah gol tersebut AO FC semakin rancak menyerang. Sepet dikeluarkan bagi digantikan dengan Pudin. Amir Lobo berjaya menambahkan jaringan kelima AO FC melalui gerakan solo cantik. Beliau tenang menggelecek dari kawasan AO FC dan menewaskan hampir keseluruhan pertahanan Pok Guard sebelum menjaringkan gol yang bakal diiktiraf sebagai gol tercantik perlawanan. Setelah gol itu Amir Lobo dikeluarkan dan digantikan dengan Pok Yeang atas permintaan Bhai agar beliau tidak dapat mengatasi kedudukan Bhai di atas carta penjaring terbanyak.
Selepas itu barisan pertahanan AO FC agak leka dan membiarkan Pok Guard menambahkan kedudukan dengan gol standard yang biasa dilepaskan oleh Lan. Bola rembatan lawan yang tinggi melambung melemaskan Lan. Tersentak, AO FC menggandakan asakan dan kembali menjarakkan kedudukan dengan gol keenam melalui rembatan Berg buat gol keenam AO FC. Lawan tidak mahu mengalah dan mendapatkan gol kedua mereka setelah barisan pertahanan membuat satu kesilapan apabila gagal mengeluarkan bola yang sampai kekaki pemain Pok Guard yang tenang merembat menewaskan Lan yang cuba menepisnya. " Bola licin la Sam" kata Lan memberi alasan. Namun pesta gol AO FC tidak dapat dibendung lagi. Hasil gerakan menarik Bhai bola dihantar kepada Pok Yeng buat gol ketujuh team AO FC yang mendahului 7-2. Pok Guard jelas tertekan dan cuba mencari gol namun barisan pertahanan kental bertahan terutamanya Nizam yang berjaya menyelamatkan bola di atas garisan gol walaupun tidak memakai contact lens.
Perlawanan ditamatkan buat AO FC merakamkan kemenangan terbesar ketika menyarung jersey Tebuan dan meninggalkan padang dengan penuh kepuasan. Mungkinkah ada rematch lagi selepas ini? Namun tahniah buat Amir OKU, Man of The Match dan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulong anda.

A Great Comeback

Khamis, 29/06/2006, Padang Arkib    -    Cuaca pada minggu ini sungguh indah sekali. Mentari muncul menggantikkan bait-bait awan mendung yang menitiskan hujan sebelum ini. Keadaan seolah-olah membuka jalan kepada kembalinya semula seorang striker prolifik yang telah lama terperap dirumah akibat kecerderaan bahunya akibat kemalangan. Kembalinya Aze Gem dalam lineup utama AO FC diharapkan membawa bersama sentuhan golnya.
    Namun tidak ramai yang dapat hadir pada hari ini akibat masalah kecerderaan dan komitmen kerja. Sepet terpaksa kerja hingga larut malam akibat menyiapkan peta jajahan takluk Klang utk Operasi pada hari Isnin depan.  Bhai dan Boy belum habis kursus Penyiasat Persendirian. Namun lineup pada petang ini agak menggerunkan jika dilihat pada saiz badan pemain. Norimic membuat penampilan semula setelah sekian lama dengan mengambil posisi keeper. Sam DR, Pudin DL, Cuki DC, Puyeed DC, Nizam DMC, Pok Yem MC, Apai MR, Beyo ML, Amir FC dan Aze Gem SC melengkapkan barisan pemain. Pasukan lawan yang disangkakan pasukan Blood Bank tidak muncul namun yang hadir adalah pasukan Unit Patalogi  HKL, yang nampak lebih fit dan hebak (bak kata Leman).  Ini merupakan kali pertama kedua-dua pasukan bertemu.

Perlawanan diperingkat awal agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling serang menyerang.  Aze nampak sedikit berat dan lacking match fitness dan ada ketikanya tergolek manja di atas padang ketika diasak lawan. Pasukan lawan hanya dibenarkan membuat cubaan jarak jauh oleh barisan pertahanan yang mantap di permulaan perlawanan. Kekebalan barisan pertahanan agak mengejutkan lawan yang menyangka barisan pemain besar yang diletakkan dibawah mudah dibolosi. Tapi mereka silap tafsiran. Striker lawan dikawal ketat oleh Puyeed yang bertindak bak Cannavarro menggagalkan pergerakan lawan.  Gandingan Aze dan Amir OKU buat pertama kalinya juga agak memberangsangkan dan berhasil menjelmakan gol pertama AO FC.
    Gerakan through ball dari garisan tengah disambut kemas oleh Aze yang cuba merembat namun bola ditampan oleh pertahanan lawan dan bola singgah di kaki Amir OKU yang membuat rembatan kencang yang menggegarkan gawang lawan tetapi lantunan tersebut jatuh dikaki Pok Yem yang membuat hantaran lintang cantik dari sebelah kanan dan disambut dengan tandukan cantik dari Aze yang walaupun hampir terjatuh membuat tandukan placing ke penjuru gol buat gol pertama AO FC. Nampaknya inilah comeback terbaik dari kalangan pemain AO FC dan diharap memberi semangat kepada semua pemain AO FC  yang lain yang masih dalam proses rehabilitation.
    Nizam berjaya bermain agak efektif sebagai defensive midfielder. Apai agak tenggelam di midfield kanan dan jelas kekurangan match fitness.  Namun pasukan lawan mula mendapat rentak dan mula membuatkan AO FC kacau bilau. Nampaknya keadaan fitness pemain AO FC jelas menghampakan dan pertukaran beberapa posisi pemain tanpa arahan telah membuka ruang buat pemain lawan. Apai dan Nizam bertukar tempat dan ini memberi lebih ruang buat pemain tengah lawan mengatur gerakan. Peluang terbaik mereka hadir apabila mereka sepatutnya  dihadiahkan sepakan penalti apabila penyerangnya dijatuhkan ala rugbi oleh Sam namun referee wave play on. Kerja keras mereka hadir juga apabila penyerang tersebut yang sebelum ini diikut rapat oleh Puyeed berjaya meloloskan diri dan merembat kencang menewaskan Norimic. Gol tersebut mula merobohkan benteng kebal pertahanan AO FC dan akhirnya bolos dengan gol standard dari lawan iaitu hantaran lintang dari sebelah kiri gawang AO FC dan dirembat ke gol buat gol kedua lawan. AO FC mula membuat serangan balas namun cubaan tersasar atau jauh tersasar seperti cubaan Pok Yem yang seolah-olah macam tepat ke sasaran tetapi meliar kekiri padang ibarat Wataniah sesat tanpa kompas. AO FC ketinggalan 1-2 apabila tamat separuh masa pertama.

     Separuh masa kedua Azlan GK, Pie DR, Khai ML dan Nasiem FC dimasukkan menggantikan Norimic, Sam, Pudin dan Puyeed.  Sedikit pertukaran posisi dilakukan oleh AO FC dimana Apai bermain sebagai DC dan Amir OKU bertindak sebagai MC.  Cubaan berisiko ini diharapkan dapat membawa perubahan positif dan menghasilkan gol penyamaan buat AO FC.  Kehebatan Pie terserlah apabila tenang menyekat kemaraan pemain lawan dan tenang dalam membuat tackle serta bijak membaca gerakan lawan. Apai juga boleh tahan permainanya sebagai DC. AO FC mengawal tempo permainan pada babak kedua ini. Namun AO FC hanya mampu mencuba dari jarak jauh sahaja dan jelas gandingan striker Nasiem dan Aze masih belum ada sefahaman dan kekurangan match fitness. Pasukan lawan banyak kali juga cuba menghukum perangkap offside yang tak menjadi dari Cuki namun Azlan pantas keluar menyelamatkan keadaan.
    Pudin dan Norimic dimasukkan bagi menggantikan Apai dan Nizam. Pie bermain sebagai DC, Pudin DL dan Norimic sebagai DR. Norimic menunjukkan bakat dengan larian kencang ala Cafu dan berjaya membuat satu cubaan lemah yang ditampan pemain lawan. Pudin mendapat peluang terbaik menjaringkan gol apabila hantaran lintang dari Beyo namun bak Peter Crouch dia yang nampak seperti nak menanduk bola tersebut telah menggunakan pehanya dan membuat satu cubaan lemah longlai yang mudah didakap kemas keeper lawan.  Pie menjelmakan saat lawak apabila kesemua pemain AO FC naik keatas dan berkampung dikawasan lawan meninggalkan penyerang lawan keseorangan. Amaran dari luar yang cuba menasihatkan Pie agar turun semula tidak diendahkan dengan alasan tak offside katanya. Namun apabila bola dikeluarkan dan sampai ke kaki pemain lawan barulah Pie kelam kabut mengejar, mujurlah Pudin menarik pemain tersebut dan dilayangkan kad kuning. Nampaknya Pudin boleh digelar The VeryOwnGoalYellowCardMan.
    AO FC gagal dan tewas dalam perlawanan ini. Namun kekalahan ini setidak-tidaknya bukan kekalahan mudah dan syabas buat Aze Gem kerana berjaya membuat comeback yang menakjubkan. Tahniah semua pemain AO FC. Kita gempur Amanah Raya Khamis depan.

LIFE MUST GO ON

6 Mei 2008 – Petang itu cuaca kelihatan baik sekali. Pemain AOFC mula hadir seorang demi seorang. Bermula dengan Sepet (Apparaaa… aku yang kat Klang pun boleh sampai dulu),Cuki,Pok Yeng,Pudin n Aze. Ini adalah perlawanan pertama AOFC sejak permergian Sam ke Bukit mertajam. (We’ll be missing you dear Big Sam but life must go on). Ini juga ujian pertama buat manager baru AOFC, Marcello Puyeed Lippi. Keresahan terpancar di muka player2 yang tiba awal andai sambutan daripada pemain selepas ketiadaan Sam dingin. Apakah AOFc akan berkubur? Mujur, Puyeed Lippi telah menjalankan tugas pertamanya dengan cemerlang sekali mengatur pemain-pemain agar dapat hadir. Sekalung tahniah untuk Puyeed!!! You gonna be a great manager.
Sesi memanaskan badan player2 AOFc agak terganggu dengan kehadiran player2 UTM yang jauh lebih muda (hampeh.. student ke Staff ni). Tambah menggusarkan keadaan rupanya UTM turut mempunyai seorang player import warga Afrika bernama Awang. (Aku tengok jersi dia kat belakang tulis Awang-boleh cakap melayu la brader- malu la sapa yang kutuk dia). Namun disebalik sesi memanaskan badan tersebut ada insiden lucu berlaku apabila anak aze dengan selamba telah mencuit t _ l _ r Poky eng… tak tau la apa yang terjadi..Pok Yeng sakat dia ka.. dia memang hyper ka… tau2 Pok yeng dah terkeluar suara betina dia awww sambil muka berkerut… Syabas Aze.. genetic hang memang kuat.

Line Up separuh masa pertama Isa (GK),Pudin (LB), Pie rempit (DR) Cuki (DC), Sepet(DC), Mugang(ML),Pok Yeng (DMC), Ashtro (AMC), member Beyo(MR), Aze(SC),Beyo(SC). Manakala pemain simpanan Puyeed, Ijoi ,Deng Nozz,dan bebudak Pandan ( Rasanyalah… mintak maaf banyak2.. saya tak tau nama..kalau selalu turun insyallah saya ingat). Sebaik sahaja wisel berbunyi pemain2 UTM terus melancarkan serangan bertubi2… player2 AOFC yang baru nak main… ada yang tak sepak bola pun lagi terkejut apabila seawal minit keempat gawang AOFC telah ditembusi… Apakah ini hari malang untuk AOFC… tidak mudah panik AOFC pantas menyusun serangan.. kombinasi yang baik antara Poky eng n Ashtro (Siaran jelas yer … ada 3-4 piring Ashtro kat atas banggunan staff UTM). Perancangan yang baik dari tengah.. dibantu oleh Khai yang tadak sendi n member beyo yang lari tadak jantung membolehkan Aze menunjukkan belang sebenar beliau untuk membalas gol lawan, kurang dari 5 minit. Player2 UTM jelas tergezut dengan keyakinan yang ada pada pemain AOFC.
Permainan bersambung dengan player2 AOFC banyak bertahan. Bola banyak dikuasai oleh pemain2 lawan. Serang lawan banyak bertumpu dari sebelah kiri membuatkan Pudin bekerja keras dengan dengan cemerlang sehingga beliau sendiri dikasari oleh pemain lawan. Sekali-sekala AOFC melancarkan serangan balas yang agak mengancam. Khai banyak mengelirukan pemain lawan dengan aksi menggeleceknya. Dibantu oleh Ashri yang jelas menunjukkan stamina yang mengkagumkan. Pada minit ke 37, hasil bola tampanan Aze, Pok yeng berlari kencang memecahkan perangkap offside lawan. Berhadapan satu sama satu player lawan, dengan tenang beliau membuat loop menewaskan keeper lawan yang telah terkeluar dari posisi. Pasukan lawan bertambah panik.. serangan bertali arus dilancarkan. Mujurlah kekentalan pertahanan AOFC yang dikemudi oleh Cuki, dibantu dengan kecemerlangan GK Isa, serangan lawan berjaya dipatahkan. Menhampiri minit2 terakhir separuh masa pertama, Ashri berjaya merampas bola yang terlepas dari tangan penjaga gol… berhadapan satu sama satu dengan pergerakan acah mengacahnya (badan kat situ jugak tapi body vibrate macam penari gelek Arab)…jelas Ashri kepenatan lalu membuat satu sepakan lemah yang diselamatkan oleh penjaga gol lawan. Half time, UTM semarak 1-AOFC 2.
Separuh masa kedua bermula dengan line Up Isa(GK), Cuki(DC), Ijoi (DL), Amir Gutti Thambee yang baru sampai (DMC),Deng nacho (ML) dan posisi yang yang tak disebutkan diisi oleh bebudak Import (Sekali lagi maaf. Aku x tau nama). Pasukan lawan dari minit pertama tidak jemu2 melancarkan serangan demi serangan. Namun semakin lama perlawanan berlangsung, ball possession semakin seimbang dengan pergerakan banyak diatur oleh pemain2 omport. Ijoi terpaksa berhadapan dengan winger lawan (yg standing dari fizikal tapi tinggi lagi). Walaupun Ijoi kelihatan jelas keletihan, namun usaha keras beliau harus dipuji.
AOFC banyak mendapat peluang namun barisan serangan AOFC yang agak malu2 melakukan percubaan jelas mensia-siakan peluang. Usaha keras amir gutti yang x jemu2 melancarkan gerakan balas meresahkan pihak lawan. Pihak lawan juga nyaris2 menjaringkan gol tetapi tuah jelas menyebelahi AOFC kerana selain daripada merembat motor penonton dibelakang gol dan tiang gol, mereka jelas hilang punca dan tertekan berhadapan dengan AOFC yang memegang falsafah Football suppose to be fun… Takkan depa yang main bersungguh2 nak kalah dengan team yang dibarisi pemain berusia… main sambil gelak2 lak tu… Cuma ketiadaan kutukan2 menghiburkan dari sam sahaja yang menyebabkan kemeriahan agak sedikit terencat. Namun siaran jelas Ashtro yang sekali sekala mengutuk Abang Zam the Lawnmowerman berjaya menghiburkan hati. Usaha team UTM bagaimanapun berhasil apabila barisan pertahanan cuki yang melihat sahaja pemain lawan mempamerkan skill gagal bertindak untuk menghalang lawan menjaringkan gol melalui satu rembatan deras yang cantik menewaskan Isa. 2-2.. Ijoi yang semakin keletihan digantikan dengan Puyeed dan Pok yeng masuk menggantikan player import yang mengadu tak leh nak main sebab hari semakin gelap…
Kemasukan Pok yeng jelas mengubah tempo permainan AOFC menjadi semakin aggressif.. hasilnya.. pada minit ke 82 permainan.. dicelah-celah kesamaran senja yang semakin melabuhkan tirai, Pok Yeng menjaringkan gol kemenangan AOFC…
Sehingga ke minit terakhir.. Utm semarak 2- AOFC 3..Bravo to AOFC… Jutaan terima kasih kepada pemain2 import… Tahniah Puyeed.. Your first victorious game!!!
P/S : kepada geng2 lama, mai la turun.. Lan Mesia,Lan Botax,nash, Pie jalan Duta, Pok tang,Apai, Wak Skubei, SyedTan, Nizam lipan dll… hangpa ada mesti lagi best… kan ke Football suppose to be fun..!
MOM : Pok Yeng

AO FC 2 - HKL Blood Bank 4

Khamis, 9/3/2006, Padang Arkib    -    Hari Perasmian Jersey baru Team AO FC  telah tiba. Cuaca petan ini begitu baik sekali. Hujan yang turun hampir setiap petang sepanjang minggu ini tidak kelihatan. Perasmian jersey baru menyebabkan kehadiran beramai-ramai pemain AO FC. Ramai pemain AO FC yang sudah lama tidak turun padang muncul pada hari ini. Nampaknya sesi bergambar menjadi satu yang amat dinantikan oleh setiap pemain. Bukan itu sahaja, kebanyakkan pemain AO FC datang dengan kereta baru, Beyo dengan Citra, Amir OKU dengan Optra dan Cuki dengan City VTec.

     Line up pada separuh masa pertama agak kuat dengan kebanyakkan player yang slim-slim dan berbadan sasa belaka. GK Azlan, DR Nizam, DL Pudin, DC Ajis, DC Cuki, MR Ustad, ML Amir OKU, MC Leman, MC Pok Yeng, FC Beyo dan FC Lobo @ Zimir. Team Blood Bank diketuai oleh Hasanudin iaitu rakan sekolah Cuki dan Hisham Cendoi. Permainan bermula agak lewat juga dan seperti biasa pemain-pemain Blood Bank datang lambat. Peringkat awal perlawanan dikuasai oleh AO FC dengan hantaran-hantaran menarik sesama pemain. Namun ketiadaan striker sejati membuatkan barisan tengah seperti tercari-cari hala tuju bola yang hendak dihantar.  Peluang pertama perlawanan hadir apabila Nizam memlambungkan bola dan cuba melemaskan keeper, namun bola singgah di palang gol dan Amir OKU yang membuat followup hanya menanduk lemah dan tersasar dari sasaran. Tidak tertekan dengan serangan AO FC, Blood bank membuka tirai jaringan dengan satu serangan pantas. Bola through ball yang baik disambut oleh pemain lawan disebelah kanan dan dengan barisan pertahanan AO FC yang bermain di bawah tahap sebenar hanya mampu melihat bola hantaran silang disambut  pemain Blood Bank dan terus merembat menewaskan Azlan. AO FC 0 - Blood Bank 1.   
    Setelah ketinggalan pemain AO FC cuba mencari gol penyamaan namun serangan yang diatur tidak menjadi dan benteng pertahanan Blood Bank tenang menyerap asakan demi asakan AO FC. Beyo dan Lobo tidak banyak memperolehi peluang dan ini menyukarkan peluang meraih gol penyamaan. Lobo terutamanya nampak seakan-akan tenggelam punca dan tidak bermain seperti biasa. Rumours mengatakan beliau sedang mabuk dilamun cinta dan ini menyebabkan prestasinya merosot. Sedang AO FC leka mencari gol penyamaan, Blood Bank berjaya menjaringkan gol kedua. Bola throguh ball yang baik disambut oleh pemain lawan dan dengan barisan pertahanan AO FC yang bermain di bawah tahap sebenar hanya mampu melihat bola dilarikan pemain Blood Bank dan terus merembat menewaskan Azlan. AO FC 0 - Blood Bank 2. Gol ketiga lawan hadir apabila pemain lawan tenang melepasi kekangan Pudin di sebelah kiri yang kelihatan masih dibelenggu kecerderaan dan belum cergas sepenuhnya lalu melakukan hantaran ke tengah gol yang disambut dengan tenang oleh pemain lawan yang cuba dikekang oleh Azlan tetapi bola muntah kepada rakannya yang menolak bola ke gawang kosong buat gol ketiga Blood Bank.  Separuh masa pertama berakhir dengan AO FC 0 - Blood Bank 3.
Pertukaran pemain besar-besaran dilakukan. Azlan kekal sebagai keeper. DR Sam, DL Sepet, DC Boy, DC Puyeed, MR Aisa, ML Deng Nosz, MC Khai, MC Ashri Otai, FC Nasiem, FC Mahfuz.  Barisan pertahanan pada separuh masa kedua dibarisi pemain-pemain yang mempunyai tahap lemak yang tinggi. AO FC melancarkan serangan bertalu-talu sebaik wisel separuh masa kedua bermula.  Kemasukkan Mahfuz dan Nasiem melancarkan lagi serangan Team AO FC. Mahfuz berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan lawan. Satu larian trademark dari Mahfuz menewaskan barisan pertahanan Blood Bank namun rembatannya tersasar. Rembatan Mahfuz yang berikutnya hanya mampu singgah di tiang gol lawan. Hasil serangan bertali arus ini Team AO FC mendapat tendangan penalti apabila Aisa yang melompat melebihi ketinggian azalinya ketika menanduk bola ditolak oleh pemain lawan. Otai tenang mengambil sepakan ini buat gol pertama AO FC. Selang 5 minit lepas itu Otai dikeluarkan dan digantikan dengan Bhai. Otai masih mengekalkan rentak bermain tak lebih 10 minit. Gol Kedua hadir hasil gerakan cantik antara Nasiem dan Mahfuz. Hantaran dari sebelah kanan Nasiem disudahkan dengan rembatan kencang Mahfuz bagi gol kedua Team AO FC.  Blood Bank cuba mengaturkan serangan namun kerap dikeluarkan atau dihalang oleh gandingan Boy dan Puyeed.  Sepet yang baru pulih dari kecerderaan juga bertindak cemerlang.
    AO FC mendapat lebih banyak peluang bagi merapatkan kedudukan. Bhai terutamanya membuang peluang-peluang yang diperolehinya. Peluang terbaik hadir apabila beliau hanya perlu merembat ke dalam gawang namun rembatannya lemah dan dikeluarkan oleh pertahanan lawan. Rembatan Bhai seterusnya hanya menyinggahi palang gol lawan. Peluang terbaik mendapatkan gol bagi Team AO FC hadir apabila pertahanan lawan menampan bola di atas garisan gol dan menghadiahkan penalti buat AO FC dan kad merah bagi dirinya.  Namun sepakan yang diambil Mahfuz melambung tinggi. Dalam kelekaan menyerang barisan pertahanan AO FC akhirnya bocor melalui serangan pantas Blood Bank buat kedudukan terakhir AO FC 2 - Blood Bank 4.

Wednesday, August 29, 2012

BULETIN AO FC

GAME TERKINI

Tarikh : 08/01/2008
Tempat : UNITEN Padang A
Masa : 6.00 petang

AO FC          3     -     2       EPU

Selasa 08 Januari 2008- Keadaan langit yang gelap berserta hujan yang telah turun renyai-renyai kadangkala lebat di KL dan Klang memungkinkan game padang pertama AO FC bagi tahun 2008 akan dibatalkan. Ini menambahkan keresahan di kalangan pemain terutamanya Manager Big Sam. Tetapi tepat jam 4 petang, terdapat satu perkhabaran gembira yang tiada setitik pun hujan di Bangi dan menandakan game akan DITERUSKAN.

Ketibaan pemain secara berperingkat ke Padang Uniten mulai jam 5.30 petang menunjukkan kesungguhan pemain AOFC. Semua pemain yang tiba  begitu gembira mencuba bola baru TeamGeist “Matchball” berharga RM 260++ hingga kan Big Sam marah kepada pemain yang menyepak kuat bola tersebut (maklum la bola baru, mahal lak tu).

Tiba detik untuk memulakan permainan. Hanya ada 12 pemain yang tiba sebelum game.
First team line-up: Isa ProCentre GK, Nizam DR, Isa ProCentre DC, Sepet DC, Puyeed Dl, Kopeng DMC, Ashri MC, Sam MR, Nash AML, Apai FC, Aze SC dan Aisa Reserve dulu.

Sebelum game dimulakan, dilihat pemain EPU semuanya ,muda-muda dan memiliki pinggang bersaiz maksima 35 inci manakala AOFC mempunyai pemain yg memiliki pinggang 35 inci keatas kecuali Ashri yang mempunyai pinggang 29 inci setengah (katanya). Sam memberi amaran awal kepada team lawan supaya jangan main laju-laju, kami orang tua……

Apabila game bermula, AOFC menunjukkan permainan yang bagus dengan banyak menguasai tengah padang. Ini mungkin disebabkan kehadiran Kopeng di tengah yg menyukarkan pihak lawan bergerak melalui bahagian tengah. Ashri juga cemerlang Cuma beberapa kali dilihat terkena 5 ringgit oleh pihak lawan dan pihak sendiri.

Bertentangan dengan arus perlawanan pehak lawan berjaya mendahului melalui satu gerakan solo yang berjaya mengelirukan pertahanana AOFC yg membuat perangkap offside. EPU 1 – 0 AOFC.

Selepas itu AO FC mula melancarkan serangan bertali arus melalui gerakan Sam, Nash, Apai, Aze dan Kopeng Cuma nasib tidak menyebelahi samada bola diselamatkan keeper lawan atau terkeluar. Ashri juga turut try dari jauh walaupun sepatutnya beliau Cuma perlu lorongkan bola pada Aze yg tengah kekosongan (biasalah individu diutamakan dari pasukan). Ada kata-kata semangat atau kata-kata sumbang kedengaran “ Oren saja taknak buat nih”.

Diseparuh masa kedua, Syed Zul, Pie dan Aisa masuk menggantikan Sepet, Sam dan Ashri. Selepas 5 minit berlalu, satu serangan balas dari AOFC yang dimulakan oleh Aze yang membuat thru ball kepada Aisa tetapi tidak berjaya dikejar dan cuba dikeluarkan oleh keeper lawan tetapi bola singgah di kaki Apai yang tanpa segan silu menyepak sekuat hati untuk gol penyamaan AOFC. AOFC  1 – 1 EPU.

Selepas itu, pemain AOFC semakin ghairah untuk menyerang termasuk Kopeng yg membuat larian solo disebelah kanan tetapi beliau Cuma berjaya membawa bola tersebut sehingga keluar garisan gol tanpa diketahui apakah tujuannya.

Kemudian berlakulah detik terbaik sepanjang permainan dimana berpunca dari corner pihak lawan, Isa berjaya menangkap bola crossing dan terus membuat tendangan tinggi kepada Aze di garisan Tengah padang. Aze dangan bergayanya mengawal bola tersebut sebelum membuat turning dan melakukan satu “defence splitting pass” kepada Nash yang meluru laju dari sebelah kiri. Nash yang terus berdepan satu sama satu dengan keeper lawan tidak melakukan kesilapan melorongkan bola kepenjuru kiri gawang lawan dan
GOLLLL!!!!!!!!  AOFC  2 – 1 EPU.

Lebih kurang 10 minit selepas itu berlaku satu detik kelakar di mana Kopeng dipanggil keluar oleh Ashri. Kopeng yang kehairanan berlari laju keluar tanpa menunjukkan rasa keletihan manakala Ashri yg masuk pula nampak keletihan dan masuk perlahan-perlahan. Hairan sungguh……..

Di 10 minit terakhir perlawanan Aisa berjaya meloloskan diri di sebelah kiri hasil hantaran baik dari Aze. Beliau “cut back” dan melakukan satu cross yang singgah di kaki Sam yang masuk kembali selepas habiskan sebotol ayiaq. Sam membuat satu turning yang mengelirukan lawan dan terus merembat dari jarak 20 meter dan dengan cantiknya menewaskan penjaga gol lawan di penjuru bawah kanan gol. BRAVO MANAGER!!!! AOFC    3 – 1    EPU.

Sebelum lawan kembali memulakan permainan Sepet dimasukkan kembali menggantikan Apai yg asyik tersenyum selepas berjaya menjaringkan gol. Sampai jugak hajat Sepet untuk main striker. Sepet cuba mengganas dengan larian-larina kencangnya tetapi digagalkan oleh bendera penjaga garisan.

Pihak lawan terus mengasak dan berjaya memperolehi gol saguhati 2 minit sebelum tamat permainan setelah hampir semua pemain AOFC ghairah menyerang. Aze mendapat satu peluanag keemasan untuk mencatat nama dalam senarai penjaring tetapi hantaran lintang cantik dari Kopeng tidak berjaya ditanduk kemas Cuma keceper saja. Ini lah kesannya bila “Lacking Match Practise”…komen aze selepas tamat permainan. Game berakhir sebaik Azan dikumandangkan dari masjid Uniten.
Keputusan Akhir AOFC 3 – 2 EPU. Kemenangan pertama selepas bebrapa rentetan kekalahan sebelum ini menguntumkan senyum di muka manager Big Sam di samping gol kemenangannya.

MOM – SAM MANAGER