Khamis, 29/06/2006, Padang Arkib - Cuaca
pada minggu ini sungguh indah sekali. Mentari muncul menggantikkan
bait-bait awan mendung yang menitiskan hujan sebelum ini. Keadaan
seolah-olah membuka jalan kepada kembalinya semula seorang striker
prolifik yang telah lama terperap dirumah akibat kecerderaan bahunya
akibat kemalangan. Kembalinya Aze Gem dalam lineup utama AO FC
diharapkan membawa bersama sentuhan golnya.
Namun tidak ramai
yang dapat hadir pada hari ini akibat masalah kecerderaan dan komitmen
kerja. Sepet terpaksa kerja hingga larut malam akibat menyiapkan peta
jajahan takluk Klang utk Operasi pada hari Isnin depan. Bhai dan Boy
belum habis kursus Penyiasat Persendirian. Namun lineup pada petang ini
agak menggerunkan jika dilihat pada saiz badan pemain. Norimic membuat
penampilan semula setelah sekian lama dengan mengambil posisi keeper.
Sam DR, Pudin DL, Cuki DC, Puyeed DC, Nizam DMC, Pok Yem MC, Apai MR,
Beyo ML, Amir FC dan Aze Gem SC melengkapkan barisan pemain. Pasukan
lawan yang disangkakan pasukan Blood Bank tidak muncul namun yang hadir
adalah pasukan Unit Patalogi HKL, yang nampak lebih fit dan hebak (bak
kata Leman). Ini merupakan kali pertama kedua-dua pasukan bertemu.
Perlawanan
diperingkat awal agak seimbang dengan kedua-dua pasukan saling serang
menyerang. Aze nampak sedikit berat dan lacking match fitness dan ada
ketikanya tergolek manja di atas padang ketika diasak lawan. Pasukan
lawan hanya dibenarkan membuat cubaan jarak jauh oleh barisan pertahanan
yang mantap di permulaan perlawanan. Kekebalan barisan pertahanan agak
mengejutkan lawan yang menyangka barisan pemain besar yang diletakkan
dibawah mudah dibolosi. Tapi mereka silap tafsiran. Striker lawan
dikawal ketat oleh Puyeed yang bertindak bak Cannavarro menggagalkan
pergerakan lawan. Gandingan Aze dan Amir OKU buat pertama kalinya juga
agak memberangsangkan dan berhasil menjelmakan gol pertama AO FC.
Gerakan through ball dari garisan tengah disambut kemas oleh Aze yang
cuba merembat namun bola ditampan oleh pertahanan lawan dan bola singgah
di kaki Amir OKU yang membuat rembatan kencang yang menggegarkan gawang
lawan tetapi lantunan tersebut jatuh dikaki Pok Yem yang membuat
hantaran lintang cantik dari sebelah kanan dan disambut dengan tandukan
cantik dari Aze yang walaupun hampir terjatuh membuat tandukan placing
ke penjuru gol buat gol pertama AO FC. Nampaknya inilah comeback terbaik
dari kalangan pemain AO FC dan diharap memberi semangat kepada semua
pemain AO FC yang lain yang masih dalam proses rehabilitation.
Nizam berjaya bermain agak efektif sebagai defensive midfielder. Apai
agak tenggelam di midfield kanan dan jelas kekurangan match fitness.
Namun pasukan lawan mula mendapat rentak dan mula membuatkan AO FC kacau
bilau. Nampaknya keadaan fitness pemain AO FC jelas menghampakan dan
pertukaran beberapa posisi pemain tanpa arahan telah membuka ruang buat
pemain lawan. Apai dan Nizam bertukar tempat dan ini memberi lebih ruang
buat pemain tengah lawan mengatur gerakan. Peluang terbaik mereka hadir
apabila mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti apabila
penyerangnya dijatuhkan ala rugbi oleh Sam namun referee wave play on.
Kerja keras mereka hadir juga apabila penyerang tersebut yang sebelum
ini diikut rapat oleh Puyeed berjaya meloloskan diri dan merembat
kencang menewaskan Norimic. Gol tersebut mula merobohkan benteng kebal
pertahanan AO FC dan akhirnya bolos dengan gol standard dari lawan iaitu
hantaran lintang dari sebelah kiri gawang AO FC dan dirembat ke gol
buat gol kedua lawan. AO FC mula membuat serangan balas namun cubaan
tersasar atau jauh tersasar seperti cubaan Pok Yem yang seolah-olah
macam tepat ke sasaran tetapi meliar kekiri padang ibarat Wataniah sesat
tanpa kompas. AO FC ketinggalan 1-2 apabila tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua Azlan GK, Pie DR, Khai ML dan Nasiem FC dimasukkan
menggantikan Norimic, Sam, Pudin dan Puyeed. Sedikit pertukaran posisi
dilakukan oleh AO FC dimana Apai bermain sebagai DC dan Amir OKU
bertindak sebagai MC. Cubaan berisiko ini diharapkan dapat membawa
perubahan positif dan menghasilkan gol penyamaan buat AO FC. Kehebatan
Pie terserlah apabila tenang menyekat kemaraan pemain lawan dan tenang
dalam membuat tackle serta bijak membaca gerakan lawan. Apai juga boleh
tahan permainanya sebagai DC. AO FC mengawal tempo permainan pada babak
kedua ini. Namun AO FC hanya mampu mencuba dari jarak jauh sahaja dan
jelas gandingan striker Nasiem dan Aze masih belum ada sefahaman dan
kekurangan match fitness. Pasukan lawan banyak kali juga cuba menghukum
perangkap offside yang tak menjadi dari Cuki namun Azlan pantas keluar
menyelamatkan keadaan.
Pudin dan Norimic dimasukkan bagi
menggantikan Apai dan Nizam. Pie bermain sebagai DC, Pudin DL dan
Norimic sebagai DR. Norimic menunjukkan bakat dengan larian kencang ala
Cafu dan berjaya membuat satu cubaan lemah yang ditampan pemain lawan.
Pudin mendapat peluang terbaik menjaringkan gol apabila hantaran lintang
dari Beyo namun bak Peter Crouch dia yang nampak seperti nak menanduk
bola tersebut telah menggunakan pehanya dan membuat satu cubaan lemah
longlai yang mudah didakap kemas keeper lawan. Pie menjelmakan saat
lawak apabila kesemua pemain AO FC naik keatas dan berkampung dikawasan
lawan meninggalkan penyerang lawan keseorangan. Amaran dari luar yang
cuba menasihatkan Pie agar turun semula tidak diendahkan dengan alasan
tak offside katanya. Namun apabila bola dikeluarkan dan sampai ke kaki
pemain lawan barulah Pie kelam kabut mengejar, mujurlah Pudin menarik
pemain tersebut dan dilayangkan kad kuning. Nampaknya Pudin boleh
digelar The VeryOwnGoalYellowCardMan.
AO FC gagal dan tewas
dalam perlawanan ini. Namun kekalahan ini setidak-tidaknya bukan
kekalahan mudah dan syabas buat Aze Gem kerana berjaya membuat comeback
yang menakjubkan. Tahniah semua pemain AO FC. Kita gempur Amanah Raya
Khamis depan.
No comments:
Post a Comment