Wednesday, August 29, 2012

BULETIN AO FC

GAME TERKINI

Tarikh : 08/01/2008
Tempat : UNITEN Padang A
Masa : 6.00 petang

AO FC          3     -     2       EPU

Selasa 08 Januari 2008- Keadaan langit yang gelap berserta hujan yang telah turun renyai-renyai kadangkala lebat di KL dan Klang memungkinkan game padang pertama AO FC bagi tahun 2008 akan dibatalkan. Ini menambahkan keresahan di kalangan pemain terutamanya Manager Big Sam. Tetapi tepat jam 4 petang, terdapat satu perkhabaran gembira yang tiada setitik pun hujan di Bangi dan menandakan game akan DITERUSKAN.

Ketibaan pemain secara berperingkat ke Padang Uniten mulai jam 5.30 petang menunjukkan kesungguhan pemain AOFC. Semua pemain yang tiba  begitu gembira mencuba bola baru TeamGeist “Matchball” berharga RM 260++ hingga kan Big Sam marah kepada pemain yang menyepak kuat bola tersebut (maklum la bola baru, mahal lak tu).

Tiba detik untuk memulakan permainan. Hanya ada 12 pemain yang tiba sebelum game.
First team line-up: Isa ProCentre GK, Nizam DR, Isa ProCentre DC, Sepet DC, Puyeed Dl, Kopeng DMC, Ashri MC, Sam MR, Nash AML, Apai FC, Aze SC dan Aisa Reserve dulu.

Sebelum game dimulakan, dilihat pemain EPU semuanya ,muda-muda dan memiliki pinggang bersaiz maksima 35 inci manakala AOFC mempunyai pemain yg memiliki pinggang 35 inci keatas kecuali Ashri yang mempunyai pinggang 29 inci setengah (katanya). Sam memberi amaran awal kepada team lawan supaya jangan main laju-laju, kami orang tua……

Apabila game bermula, AOFC menunjukkan permainan yang bagus dengan banyak menguasai tengah padang. Ini mungkin disebabkan kehadiran Kopeng di tengah yg menyukarkan pihak lawan bergerak melalui bahagian tengah. Ashri juga cemerlang Cuma beberapa kali dilihat terkena 5 ringgit oleh pihak lawan dan pihak sendiri.

Bertentangan dengan arus perlawanan pehak lawan berjaya mendahului melalui satu gerakan solo yang berjaya mengelirukan pertahanana AOFC yg membuat perangkap offside. EPU 1 – 0 AOFC.

Selepas itu AO FC mula melancarkan serangan bertali arus melalui gerakan Sam, Nash, Apai, Aze dan Kopeng Cuma nasib tidak menyebelahi samada bola diselamatkan keeper lawan atau terkeluar. Ashri juga turut try dari jauh walaupun sepatutnya beliau Cuma perlu lorongkan bola pada Aze yg tengah kekosongan (biasalah individu diutamakan dari pasukan). Ada kata-kata semangat atau kata-kata sumbang kedengaran “ Oren saja taknak buat nih”.

Diseparuh masa kedua, Syed Zul, Pie dan Aisa masuk menggantikan Sepet, Sam dan Ashri. Selepas 5 minit berlalu, satu serangan balas dari AOFC yang dimulakan oleh Aze yang membuat thru ball kepada Aisa tetapi tidak berjaya dikejar dan cuba dikeluarkan oleh keeper lawan tetapi bola singgah di kaki Apai yang tanpa segan silu menyepak sekuat hati untuk gol penyamaan AOFC. AOFC  1 – 1 EPU.

Selepas itu, pemain AOFC semakin ghairah untuk menyerang termasuk Kopeng yg membuat larian solo disebelah kanan tetapi beliau Cuma berjaya membawa bola tersebut sehingga keluar garisan gol tanpa diketahui apakah tujuannya.

Kemudian berlakulah detik terbaik sepanjang permainan dimana berpunca dari corner pihak lawan, Isa berjaya menangkap bola crossing dan terus membuat tendangan tinggi kepada Aze di garisan Tengah padang. Aze dangan bergayanya mengawal bola tersebut sebelum membuat turning dan melakukan satu “defence splitting pass” kepada Nash yang meluru laju dari sebelah kiri. Nash yang terus berdepan satu sama satu dengan keeper lawan tidak melakukan kesilapan melorongkan bola kepenjuru kiri gawang lawan dan
GOLLLL!!!!!!!!  AOFC  2 – 1 EPU.

Lebih kurang 10 minit selepas itu berlaku satu detik kelakar di mana Kopeng dipanggil keluar oleh Ashri. Kopeng yang kehairanan berlari laju keluar tanpa menunjukkan rasa keletihan manakala Ashri yg masuk pula nampak keletihan dan masuk perlahan-perlahan. Hairan sungguh……..

Di 10 minit terakhir perlawanan Aisa berjaya meloloskan diri di sebelah kiri hasil hantaran baik dari Aze. Beliau “cut back” dan melakukan satu cross yang singgah di kaki Sam yang masuk kembali selepas habiskan sebotol ayiaq. Sam membuat satu turning yang mengelirukan lawan dan terus merembat dari jarak 20 meter dan dengan cantiknya menewaskan penjaga gol lawan di penjuru bawah kanan gol. BRAVO MANAGER!!!! AOFC    3 – 1    EPU.

Sebelum lawan kembali memulakan permainan Sepet dimasukkan kembali menggantikan Apai yg asyik tersenyum selepas berjaya menjaringkan gol. Sampai jugak hajat Sepet untuk main striker. Sepet cuba mengganas dengan larian-larina kencangnya tetapi digagalkan oleh bendera penjaga garisan.

Pihak lawan terus mengasak dan berjaya memperolehi gol saguhati 2 minit sebelum tamat permainan setelah hampir semua pemain AOFC ghairah menyerang. Aze mendapat satu peluanag keemasan untuk mencatat nama dalam senarai penjaring tetapi hantaran lintang cantik dari Kopeng tidak berjaya ditanduk kemas Cuma keceper saja. Ini lah kesannya bila “Lacking Match Practise”…komen aze selepas tamat permainan. Game berakhir sebaik Azan dikumandangkan dari masjid Uniten.
Keputusan Akhir AOFC 3 – 2 EPU. Kemenangan pertama selepas bebrapa rentetan kekalahan sebelum ini menguntumkan senyum di muka manager Big Sam di samping gol kemenangannya.

MOM – SAM MANAGER

No comments:

Post a Comment