Thursday, August 30, 2012

AO FC 2 - HKL Blood Bank 4

Khamis, 9/3/2006, Padang Arkib    -    Hari Perasmian Jersey baru Team AO FC  telah tiba. Cuaca petan ini begitu baik sekali. Hujan yang turun hampir setiap petang sepanjang minggu ini tidak kelihatan. Perasmian jersey baru menyebabkan kehadiran beramai-ramai pemain AO FC. Ramai pemain AO FC yang sudah lama tidak turun padang muncul pada hari ini. Nampaknya sesi bergambar menjadi satu yang amat dinantikan oleh setiap pemain. Bukan itu sahaja, kebanyakkan pemain AO FC datang dengan kereta baru, Beyo dengan Citra, Amir OKU dengan Optra dan Cuki dengan City VTec.

     Line up pada separuh masa pertama agak kuat dengan kebanyakkan player yang slim-slim dan berbadan sasa belaka. GK Azlan, DR Nizam, DL Pudin, DC Ajis, DC Cuki, MR Ustad, ML Amir OKU, MC Leman, MC Pok Yeng, FC Beyo dan FC Lobo @ Zimir. Team Blood Bank diketuai oleh Hasanudin iaitu rakan sekolah Cuki dan Hisham Cendoi. Permainan bermula agak lewat juga dan seperti biasa pemain-pemain Blood Bank datang lambat. Peringkat awal perlawanan dikuasai oleh AO FC dengan hantaran-hantaran menarik sesama pemain. Namun ketiadaan striker sejati membuatkan barisan tengah seperti tercari-cari hala tuju bola yang hendak dihantar.  Peluang pertama perlawanan hadir apabila Nizam memlambungkan bola dan cuba melemaskan keeper, namun bola singgah di palang gol dan Amir OKU yang membuat followup hanya menanduk lemah dan tersasar dari sasaran. Tidak tertekan dengan serangan AO FC, Blood bank membuka tirai jaringan dengan satu serangan pantas. Bola through ball yang baik disambut oleh pemain lawan disebelah kanan dan dengan barisan pertahanan AO FC yang bermain di bawah tahap sebenar hanya mampu melihat bola hantaran silang disambut  pemain Blood Bank dan terus merembat menewaskan Azlan. AO FC 0 - Blood Bank 1.   
    Setelah ketinggalan pemain AO FC cuba mencari gol penyamaan namun serangan yang diatur tidak menjadi dan benteng pertahanan Blood Bank tenang menyerap asakan demi asakan AO FC. Beyo dan Lobo tidak banyak memperolehi peluang dan ini menyukarkan peluang meraih gol penyamaan. Lobo terutamanya nampak seakan-akan tenggelam punca dan tidak bermain seperti biasa. Rumours mengatakan beliau sedang mabuk dilamun cinta dan ini menyebabkan prestasinya merosot. Sedang AO FC leka mencari gol penyamaan, Blood Bank berjaya menjaringkan gol kedua. Bola throguh ball yang baik disambut oleh pemain lawan dan dengan barisan pertahanan AO FC yang bermain di bawah tahap sebenar hanya mampu melihat bola dilarikan pemain Blood Bank dan terus merembat menewaskan Azlan. AO FC 0 - Blood Bank 2. Gol ketiga lawan hadir apabila pemain lawan tenang melepasi kekangan Pudin di sebelah kiri yang kelihatan masih dibelenggu kecerderaan dan belum cergas sepenuhnya lalu melakukan hantaran ke tengah gol yang disambut dengan tenang oleh pemain lawan yang cuba dikekang oleh Azlan tetapi bola muntah kepada rakannya yang menolak bola ke gawang kosong buat gol ketiga Blood Bank.  Separuh masa pertama berakhir dengan AO FC 0 - Blood Bank 3.
Pertukaran pemain besar-besaran dilakukan. Azlan kekal sebagai keeper. DR Sam, DL Sepet, DC Boy, DC Puyeed, MR Aisa, ML Deng Nosz, MC Khai, MC Ashri Otai, FC Nasiem, FC Mahfuz.  Barisan pertahanan pada separuh masa kedua dibarisi pemain-pemain yang mempunyai tahap lemak yang tinggi. AO FC melancarkan serangan bertalu-talu sebaik wisel separuh masa kedua bermula.  Kemasukkan Mahfuz dan Nasiem melancarkan lagi serangan Team AO FC. Mahfuz berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan lawan. Satu larian trademark dari Mahfuz menewaskan barisan pertahanan Blood Bank namun rembatannya tersasar. Rembatan Mahfuz yang berikutnya hanya mampu singgah di tiang gol lawan. Hasil serangan bertali arus ini Team AO FC mendapat tendangan penalti apabila Aisa yang melompat melebihi ketinggian azalinya ketika menanduk bola ditolak oleh pemain lawan. Otai tenang mengambil sepakan ini buat gol pertama AO FC. Selang 5 minit lepas itu Otai dikeluarkan dan digantikan dengan Bhai. Otai masih mengekalkan rentak bermain tak lebih 10 minit. Gol Kedua hadir hasil gerakan cantik antara Nasiem dan Mahfuz. Hantaran dari sebelah kanan Nasiem disudahkan dengan rembatan kencang Mahfuz bagi gol kedua Team AO FC.  Blood Bank cuba mengaturkan serangan namun kerap dikeluarkan atau dihalang oleh gandingan Boy dan Puyeed.  Sepet yang baru pulih dari kecerderaan juga bertindak cemerlang.
    AO FC mendapat lebih banyak peluang bagi merapatkan kedudukan. Bhai terutamanya membuang peluang-peluang yang diperolehinya. Peluang terbaik hadir apabila beliau hanya perlu merembat ke dalam gawang namun rembatannya lemah dan dikeluarkan oleh pertahanan lawan. Rembatan Bhai seterusnya hanya menyinggahi palang gol lawan. Peluang terbaik mendapatkan gol bagi Team AO FC hadir apabila pertahanan lawan menampan bola di atas garisan gol dan menghadiahkan penalti buat AO FC dan kad merah bagi dirinya.  Namun sepakan yang diambil Mahfuz melambung tinggi. Dalam kelekaan menyerang barisan pertahanan AO FC akhirnya bocor melalui serangan pantas Blood Bank buat kedudukan terakhir AO FC 2 - Blood Bank 4.

No comments:

Post a Comment