Sunday, October 21, 2012

AOFC 4-1 Petronas MLNG

21 Oktober 2012
5.40 petang
Padang A, UKM Bangi

Assalamu’alaikum,

Kehadiran

1.       Cuki
2.       Leman
3.       Puding
4.       Bai
5.       Aze
6.       Nash
7.       Jai
8.       Scs
9.       Amir gago
10.   Husni
11.   Pie
12.   Jenal
13.   Khai
14.   Syazwan
15.   Puyeed
Amir Lobo


Hujan yang turun dengan lebat sejak dari tengah hari meresahkan banyak pemain2 AOFC dan semua tertanya-tanya apakah game ON atau tidak.
Ketika pemain-pemain AOFC masih mengira kehadiran, pasukan lawan telah pun memulakan warm up di dalam padang yang basah dan hujan renyai-renyai.
Beberapa panggilan telefon untuk pemain2 AOFC berjaya juga mencukupkan kesebelasan pemain dengan meminjam bekas penjaga gol AOFC, Norimic.
Nash yang update facebook pada sehari sebelum supaya semua pemain datang awal, kerana konvokesyen di UKM menyebabkan jalan sesak..... tetapi sebenarnya beliau adalah antara yang lewat sampai... hehe... Aze pula sedang enak melayan cerita Hantu Kapcai terpaksa datang juga setelah mendapat panggilan telefon dari pemain2 lain.

Pemain AOFC ceria dengan kehadiran Leman yang ada taklimat BRIM, warm up  yg menjadi trademark Leman dengan melipat kaki disambut dengan kutukan/gelakan mesra rakan-rakan yang lain.
Perlawanan dimulakan pada jam 5.40 petang dengan semua pemain masih takut-takut terkena air.
Gol pertama AOFC dijaringkan oleh Aze.
Seterusnya oleh Nash. AOFC mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, beberapa pertukaran dilakukan oleh AOFC, sementara pasukan lawan telah pun melakukan beberapa pertukaran dari separuh masa pertama lagi. Sungguh ramai pemain simpanan pasukan lawan.
Pada pertengahan separuh kedua, Bai masuk menggantikan Nash dan berjaya menjaringkan gol melalui tandukan hidung hasil sepakan sudut. AOFC 3-0.
Selang beberapa minit, pasukan lawan berjaya mendapatkan satu gol hasil tangkapan kurang kemas oleh penjaga gol pinjam AOFC, Norimic. AOFC 3-1.

Setelah mendapat kutukan dari Bai berkenaan dengan La Liga Connection, Amir dan Khai berganding menghasil gol ke-4 (sebenarnya bola clear terkena air tak sampai kepada pemain lawan) melengkapkan kemenangan bergaya AOFC.


Terima kasih kepada yang hadir.