Selasa, 22 Nov 2011,
Kemenangan Harimau Muda Malaya mengekalkan pingat Emas Sukan Sea membuatkan ramai yg teruja untuk beraksi pada perlawanan terakhir AOFC dalam Liga Haram 2011. Perlawanan yang mendebarkan di Gelora Bung Karno, telah meruntun semangat pemain-pemain AOFC untuk menyepak bola. Hari yang dijanjikan adalah hari Isnin 21 Nov 2011, ditunda ke Selasa kerana AOFC juga tidak mahu ketinggalan bersama memberi sokongan kepada timnas Harimau Malaya.
Jam 5.30 petang, kehadiran pemain AOFC mcm biasa… selai…selai… bak kata Sarjan Karim lebih 7 tahun yang lepas…. dan cuaca ketika itu masih dalam keadaan yang baik walaupun awan mendung telah berarak menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa. Pemain lawan dari tim Boyz United juga nampaknya sudah ramai yang datang berjersi merah. Belum pun sepak mula, gerimis mengundang telah turun di padang Arkib membuatkan sebahagian dari pemain mencari perlindungan… gerimis bertukar hujan yang agak lebat, namun begitu keputusan telah diambil untuk meneruskan permainan memandangkan perlawanan ini adalah yang terakhir bagi AOFC dan juga semua pemain sudah cukup untuk sepak mula.
Magika dan ironi nya, sebaik sahaja sepak mula hujan berhenti sepenuhnya. AOFC dibarisi pemain-pemain lama dan baru, keeper Fairus, defender Halim & Ijoi diposisi tengah, sementara Puding mengekalkan posisi bek kiri beliau dan Apai di bek kanan. Di bahagian tengah, coach Aze menaruh harapan kepada Cuki, Amir, Ustad (kiri) dan Khai (kanan).. sementara itu Pok Yeng dan Pok Tang bertindak sebagai false strikers.
Perlawanan dimulakan dengan berhati-hati oleh kedua-dua pasukan. Ini adalah kerana padang yang becak dan layak untuk dibuat bendang dan ditanam padi. Walau bagaimana pun, beberapa gerakan menarik team lawan membuatkan pertahanan AOFC dan Keeper AOFC bekerja keras. Namun ketumpulan penyudah Tim lawan membantu AOFC menyerap tekanan. Pada minit ke sebelas, gandingan mantap pemain dipinjamkan dari La Liga, Amir Gago, menggelecek dan berpusing-pusing serta meleretkan kepada seorang lagi pemain dari La Liga, Khai yang disudahkan secara first timer menghasilkan satu-satunya GOL pada petang semalam… gerakan menarik ini mirip apa yang selalu kita tengok di kaca television ketika tim Barcelona bermain…. Goooooool… AOFC 1-0 Boyz United.
Gol ini membuatkan pemain-pemain lawan bangkit dan menguasai perlawanan. Walau bagaimana pun, larian-larian menarik tim AOFC juga berjaya mengucar kacir kan pertahanan lawan.
Separuh masa kedua beberapa pertukaran dibuat oleh kedua-dua pasukan. AOFC membawa masuk Bhai, Ridhue, dan beberapa orang pemain pinjaman yang lain… Boyz United menguasai permainan pada separuh kedua ini dengan serangan bertubi-tubi. Walau bagaimana pun, keeper AOFC beraksi cemerlang mematahkan serangan tim lawan. Persembahan beliau mirip persembahan Apek ketika membantu timnas Harimau Malaya membawa pulang pingat EMAS sukan SEA.. di akhir-akhir permainan, AOFC membuat percaturan terakhir dengan membawa masuk Ashri sebagai Fakri (striker) utama… pada lewat permainan pasukan lawan memperolehi lebih dari 3 sepakan percuma yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang AOFC.
Akhirnya pengadil meniup wisel penamat game penutup AOFC 2011 ini dan mengesahkan kemenangan bagi AOFC 1-0 Boyz United. Kemenangan ini adalah yang ke-4 berturut-turut bagi AOFC dalam Liga Haram 2011….
Dan CEO bagaikan mengerti kegembiraan 100Billion dan kemenangan ini dengan Perutusan Khas beliau pada jam 12.59 a.m. tgh mlm tadi………………. TAHNIAH AOFC.. TAHNIAH SEMUA… kita adalah WIRA LHDNM..
No comments:
Post a Comment